Hubungan aku dengan Syafikah semakin teruk. Dia bukan setakat memaki hamun aku di dalam telefon sebaliknya dia sanggup datang ke pejabat dan menyerang aku. Dua hari selepas rahsia besarnya terbongkar Syafikah datang menyerang aku di pejabat secara membabi buta di hadapan semua rakan-rakan sekerjaku. Katanya, aku telah menghasut Haizal supaya menceraikannya. Bagaikan orang gila aku melihat kelakuan Syafikah waktu itu. Katanya lagi kalau aku masih tak terhegeh-hegeh mahukan Haizal masakan lelaki itu tega meninggalkan rumah mereka.
Kesabaran aku akhirnya berkubur bila Syafikah masih belum berpuas hati dengan aku. Dia menuduh aku perempuan jalang dan membomohkan Haizal supaya membencinya. Akibat dari kata-kata itu, dihadapan semua rakan-rakan sekerja aku satu tamparan kuat hinggap di pipi Syafikah. Perit tapak tanganku tetapi aku puas. Terdiam seketika Syafikah tetapi tidak lama kemudian bagaikan di rasuk dia menyerang aku sehingga rakan-rakan sekerja aku masuk campur.
“Puan, kalau puan masih tidak mahu tinggalkan tempat ni saya tak teragak-agak untuk menghubungi polis dan mendakwa puan atas dakwaan menceroboh pejabat ini!” nada Hafis tegas sekali. Syafikah mengelupur mahu melepaskan diri bila kedua-dua tangannya dicengkam kuat oleh Vanessa dan Sutha.
“Perempuan ni memang jalang!” Syafikah menjerit-jerit.
“It’s your personal matter! Tempat ni tempat bekerja. Kalau puan masih berdegil nak membuat bising dan memalukan Umaira di sini, puan boleh di dakwa atas dua kesalahan sekaligus.” Hafis berdiri betul-betul di hadapan Syafikah. Mukanya didekatkan di muka wanita itu.
Aku jadi terkedu. Hanya air mata yang mengalir deras. Aku tidak sangka seorang wanita yang aku percaya dan aku anggap sebagai seorang sahabat paling baik sanggup memalukan aku begini sekali.
Syafikah Berjaya melepaskan diri daripada pegangan Vanessa dan Sutha. Terus dia mencapai beg tangannya yang tercampak ke lantai dan terus berlalu. Sebaik sahaja kelibat Syafikah menghilang, aku terduduk di lantai. Menangis tersedu-sedu. Aku rasa dunia aku gelap dan kelam.
“Ira...” hanya itu yang ku dengar dalam samar-samar.
Aku terjaga bila terdengar suara-suara sedang bercakap. Aku amati betul-betul kelibat yang berada di sebelahku. Vanessa sedang bercakap dengan seseorang. Aku cuba bangun tetapi kepala aku terasa berat sangat. Badanku terasa cukup lemah.
“Eh Ira,”
Vanessa menghampiriku seraya dia membantu aku untuk bangun. Aku pandang lelaki yang bercakap dengan Vanessa sebentar tadi. Wajah lelaki itu terasa kabur membuatkan aku terpaksa mengecilkan mata.
“You buat datang sini?”
“Sorry, Maira. I tak sangka Syafikah akan bertindak melampau macam ni!” suara Haizal jelas kedengaran. Aku tidak tahu siapa yang memberitahu Haizal apa yang berlaku sampai lelaki itu ke sini. Tiada siapa di dalam syarikat ini mengenali Haizal.
“Siapa bagitahu you...?”
“I.. I.. datang sini tadi. Then, Vanessa cerita kat I apa yang terjadi.” Ada kekalutan dari percakapan Haizal.
“Dahlah, you tak payah datang cari I lagi! I takut nanti bini you tu jadi penghuni rumah orang gila!” Tak bertapis lagi kata-kataku. Apa perlunya aku bermanis kata andai isterinya sendiri yang juga pernah bergelar sahabatku seteruk itu!
“I dah ceraikan dia! She’s not my wife anymore and I tak kisah lagi tentang dia!”
Aku pandang Haizal. Tidak tahu apa yang harus aku katakan saat ini. Mengetahui siapa Syafikah yang bertopengkan nama persahabatan kami selama ini, aku kira Haizal memang patut menceraikannya.
“Ikut suka hati youlah! But, make sure that all this nonsense not involving me at all! And warn that woman, don’t she dare to show her face in front of me!”
Entah kenapa kata-kata itu yang terkeluar dari mulutku. Pelahan tetapi tegas kurasakan. Sesungguhnya aku mahu Haizal faham yang aku tidak mahu lagi Syafikah menghampiri aku lagi. Walau apa pun terjadi, Syafikah bukan lagi sebahagiaan daripada hidup aku!
“You jangan risau! I akan beritahu dia. Erm, you nak I hantarkan you ke klinik?” perlahan sahaja suara Haizal di penghujung bicaranya. Aku geleng.
“You baliklah office you! I tak ada apa-apa.”
“Erm, okay. Betul you tak ada apa-apa ni?”
Aku geleng lagi. Vanessa yang sedari tadi hanya membisu mendengar perbualan kami bangun dari duduknya dan membuntuti langkah Haizal. Aku kembali tersandar. Di hadapan Haizal aku cuba berlagak kuat sedangkan hakikatnya tidak.
Aku ingat nasihat emak, bila berkawan jangan terlalu percayakan kawan. Nanti bila satu kesilapan yang telah kawan lakukan kita akan menderita. Ya, sekarang aku menderita kerana sahabat yang aku percaya sepenuh hati mengkhianati aku dengan sanggup merampas milikku malah menghina aku sehina-hinanya!
Aku tidak mampu cerita ini semua kepada emak mahupun abah. Mereka juga mengenali rapat Syafikah. Setiap kali Syafikah datang berkunjung mereka cukup gembira. Ah, tidak perlulah mereka tahu Syafikah yang telah mereka anggap seperti anak sendiri itu terlalu pandai berlakon!
Aku menarik nafas panjang sebelum melepaskannya pelahan-lahan. Sesungguhnya aku tahu ALLAH itu Maha Mengetahui akan sejauh mana kekuatan hamba-NYA menghadapi dugaan.
“Are you okay, Ira? Encik Z kata kalau you mahu balik dia benarkan!”
“It’s okay, Vee. I kena siapkan three report today. Jangan risau!” aku cuba sedaya upaya member senyuman.
Aku kembali ke tempatku. Memandang kosong skrin laptopku yang sudah gelap. Aku ‘on’kan semula laptopku yang tadinya berkeadaan ‘standby’. Wajah Faris pula menerjah ruang mata. Perlukah aku menganggunya kini? Aku teliti jam di tangan. Sudah hamper pukul dua petang. Menurut Faris, hari ini dia perlu ke PPD Bera berkaitan hal pertukarannya. Hujung bulan depan Faris akan bertukar ke salah sebuah sekolah menengah di Puchong. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.
Salam Ris. Call me ptg nanti ya!
Aku tinggalkan pesanan ringkas kepadanya. Aku sedaya upaya melupakan seketika kejadiaan yang berlaku tadi. Aku membuka emel sebelum meneruskan kerja yang terbengkalai dek perempuan itu.
Dalam hampir Sembilan emel yang aku terima, emel daripada Mukhris juga yang Nampak di mataku. Di ruang perkara tertera ‘Be strong dear’. Tanpa menunggu masa aku terus meng’klik’ emelnya.
Salam dari China... hehehe
Rindu I tak? Hahaha, so sorry tak bagitahu u, i ke cina kelmarin.bukan sengaja, terlupa je!
U dah ok blom dari segala benda pasal Syafikah? Hope u still leh berdiri lagi k! Lagipun just lupakan all of that thing and tumpukan perhatiaan u dgn wedding u. Orait?
I jumpa my classmate masa kat Michigan dulu! Sekarang ni dia dah buka butik kat sini.So hari ni dia mau belanja i makan di sini!
Ok. Gtg. see you soon. Maybe next week i balik KL. But not sure sgt. Emel i if u need a friend to share something yg u rasa tak boleh kongsi dgn Faris. I always listen to you!
Salam.
Aku menghela nafas panjang. Emel pertama daripada Mukhris setelah hampir setahun
lebih kami saling kenal mengenali. Selama ini emelku bagaikan terperuk sahaja. Aku pun bagaikan tidak mengendahkan alamat emelnya yang di beri kepadaku. Tidak pernah terniat mahu menghantar apa-apa kepadanya.
Mukhris! Mukhris!
2 comments:
Ouhh .. ada cerpen! Thanks. Boleh buat penghilang bosan.
Maira ngan Faris ke??
alaa.. nak Maira ngan Mukhris..
wlupn x dinafikan yg Faris pn baik gak..
ohh, Mukhris~
huhuu..
Post a Comment