Friday, December 11, 2009

RAHSIA RINDU 23




Pagi itu aku kuatkan diri untuk menghubungi Syafikah. Aku mahu leraikan semuanya hari ini. Pagi ini. Supaya aku tidak lagi memikirkan tentangnya tetapi apa yang aku dapat pekikan dan jeritan dari Syafikah. Dia menuduh aku yang bukan-bukan. Menuduh aku menghasut suaminya untuk meninggalkannya. Menuduh aku masih punya perasaan terhadap lelaki itu. Aku sekadar mengucap panjang. Belum sempat aku membuka mulut Syafikah membuat keputusan menokhtahkan persahabatan kami selama ini.
“Aku tak perlukan perempuan macam kau jadi kawan aku! Dasar perampas!”
Terus gagang telefon dihempasnya. Aku jadi kaku di tempat dudukku. Tertanya-tanya siapa patutnya yang mengamuk dan memaki hamun begitu? Siapa yang tak perlukan perempuan seperti dia untuk jadi sahabat? Dan siapa yang merampas siapa? Aku jadi angin dengan perangai Syafikah. Mahu sahaja aku menghentaknya kalau dia berada di hadapan aku!
Aku hempas juga gagang telefon dek rasa marah. Menggerutu aku marah. Sakit hatiku bertambah-tambah. Kalau aku tahu dari dulu perempuan yang aku sanjung sebagai sahabat sanggup mengkhianati aku sampai sebegini rupa tak akan sesekali aku menyambut salam persahabatannya. Ah!!!
“Ira...!”
Suara Wee Keong kedengaran dari arah bilik mesyuarat. Kening terangkat sedikit  bila mata kami bertentang. Aku dengus lemah sambil menggeleng-gelengkan kepala. Aku capai kembali gagang dan letakkan semula di tempatnya. Pelahan-lahan nafas kutarik dan hembuskan, mencari kekuatan untuk menjalani hari dengan membawa bebanan sebuah pengkhianatan.
Aku bangun menuruti yang lain ke bilik mesyuarat. Sepanjang mesyuarat fikiran aku tidak tertumpu kepada perkara yang disampaikan. Nasib baiklah Encik Zulkarnain tidak sedar akan keadaan diriku yang tidak menumpukan perhatian ketika mesyuarat.
Selesai mesyuarat aku tidak menyertai mereka untuk bersembang-sembang seperti biasa sebaliknya terus ke tempatku. Aku mencapai telefon bimbitku dan mendapati ada empat panggilan tidak berjawab. Dua daripada Haizal. Satu daripada Faris. Satu lagi nombor tidak dikenaliku.
Aku meninggalkan pesan melalui khidmat pesanan ringkas supaya dia menghubungiku semula. Aku biarkan Haizal dengan tidak membalas balik panggulannya. Aku tidak tahu kini apa yang harus aku lakukan dengan lelaki itu. Kenyataan yang aku terima berada di pihaknya tetapi aku tak mungkin memungkiri janji dan cinta Faris. Malah perasaan aku untuk Haizal sudah lama berkubur. Telah aku beri tempat itu kepada Faris. Walaupun kisah sebenar di sebalik perkahwinan Syafikah dan Haizal terlerai ia tidak mampu menjentik sedikit pun perasaan sayang dan cintaku kembali kepada Haizal. Dunia cintaku kini milik Faris! Tetap dan sentiasa subur untuk lelaki itu.
Aku menerima panggilan daripada Faris ketika sedang sibuk menyiapkan laporan seperti biasa. Kerja Sean masih dibawah tanggungan aku. Cuma kekadang yang lain membantu. Aku ceritakan tentang kelantangan Syafikah memarahi dan memaki aku pagi tadi kepada Faris. Faris sekadar mengeluh dan memberi aku semangat dan kekuatan untuk menghadapi semua ini. Panggilan daripada Faris berakhir bila kedengaran namanya dipanggil seseorang. Faris memberitahu aku dia perlu menghadiri mesyuarat antara guru.
Sebaik sahaja aku meletakkan telefon bimbitku kembali ke dalam beg tangan, telefon itu bergetar lagi. Aku meneliti nombor yang tertera. Haizal lagi!  Aku tidak pasti sama ada aku harus menjawabnya ataupun tidak sehinggalah getaran itu berhenti. Akhirnya aku mengambil keputusan sekadar menghantar pesanan kepadanya.
Salam. Maaf coz  i xblh nak jawab call u. Everything kelam kabut  for me. But i nak u tau between you and me its over. I dah ada Faris. I cintakan dia. I harap u faham. Please jgn ganggu i lagi klu niat u nak i kembali kepada u. Please!
Agak lama kemudian baru aku menekan butang ‘send’ di telefon bimbitku. Sesungguhnya aku berharap Haizal faham walau apa terjadi sekalipun aku tetap dengan Faris. Aku tidak akan kembali kepadanya.
Salam maira. I call u untuk meminta maaf dgn apa terjadi. I tahu dari mula salah i juga. Btw, i mmg masih cintakan u seperti dulu tpi i harus terima hakikat u bakal milik  Faris. I doakan kebahagiaan u dunia akhirat. Salam.
Berkerut dahiku ketika pesanan Haizal di baca. Hampir dua minggu lepas dia datang ke pejabat dan menyatakan bahawa aku tidak boleh mengahwini Faris tetapi hari ini setelah aku mengetahui cerita sebenar ini pula terjadi.
Aku balas pesanannya dengan ucapan terima kasih. Walaupun sedikit hairan tetapi aku lega. Lega kerana aku tidak perlu memikirkan hal berkenaan Haizal.
I tak layak utk ucapan tu sbb i masih cintakan u dan mahu u menjadi isteri i tapi Mukhris yang menyedarkan i tentang hakikat cinta. Dia yang patut terima ucapan tu.
Mukhris? Bila masa pula Mukhris bertemu Haizal? Apa yang diberitahu lelaki itu kepada Haizal sehingga Haizal mengalah? Cepat-cepat aku menghubungi telefon bimbit Mukhris tetapi hampa bila yang menjawabnya sekadar mesin. Lalu aku menghubungi Desa Rasa.
“Cik Ira ya? Boss tak ada. Pagi tadi boss berangkat ke China. Erm, boss tak bagi tahu Cik Ira ke?” soal lelaki dihujung talian menyebabkan aku terpampan seketika. Mukhris tidak pernah pula lupa untuk memberitahu aku ke mana dia pergi selama ini.
“Erm saya lupa la. Dia pergi berapa lama ye?”
“Boss kata dua minggu.”
“Okaylah. Terima kasih ya!”
Aku mengeluh lemah. Aku berfikir sama ada aku terlupakah bahawa Mukhris telah memberitahuku dia akan ke China atau sememangnya Mukhris tidak memberitahuku!? Aku membiarkan persoalan itu. Malas mahu memikir. Banyak lagi benda lain yang harus aku fikirkan selain daripada Mukhris

No comments: