Aku tidak peduli lagi akan Syafikah. Aku menyibukkan diri dengan segala macam urusan kerja dan perkahwinanku. Faris telah membawa aku melihat rumah yang telah di sewanya. Rumah yang akan menjadi tempat aku dan Faris hidup sebagai suami isteri selepas ini sebelum Faris membeli rumah sendiri.
Melihat Faris yang begitu teruja dengan hidup kami selepas bergelar suami isteri hilang rasa sakit di sakiti Syafikah. Perempuan itu bagaikan orang gila! Kepada semua rakan-rakan yang mengenali aku di kampus dikhabarkan aku telah bomohkan Haizal. Perkara itu dikhabarkan Nora kepadaku melalui emel. Tetapi menurut Nora, dia dan yang lain yang berada di rumah Haizal pada ketika itu telah mengetahui cerita sebenar daripada Haizal sendiri. Mereka juga melihat sendiri sikap Syafikah yang sebenar malam itu.
Ibu bapa Syafikah turut menghubungi aku. Mengalir juga air mataku bila ibunya meminta maaf kepadaku. Dia tidak pernah menyangka anak gadisnya itu akan bertindak sejauh itu untuk mendapat apa yang dihajatinya. Daripada ibu Syafikah juga aku mengetahui, kes penceraian mereka telah difailkan tetapi Syafikah tetap tidak mahu mengikut sebarang arahan mahkamah. Malah yang paling menyakitkan hati seorang ibu, Syafikah mengherdik dan memaki hamun ibu dan ayahnya juga. Mendengar tangisan seorang ibu, aku jadi begitu sebak.
“Sayang, termenung lagi!”
Senyuman Faris aku balas dengan seyuman juga.
“Termenungkan apa?” soalnya lagi.
“Tak ada apa-apalah.”
“Erm, Ris terjumpa Mukhris tadi kat surau. Dia yang tegur. Ris tak perasan pun.”
“Dia buat apa kat sini?” soalku sambil memandang sekeliling, mencari-cari kelibat Mukhris.
“Dia kata beli barang dengan kawan. Perempuan kot sebab bila Ris tanya siapa dia tersengih je!”
Aku anggukan kepala sambil memikir siapa pula kawan perempuan Mukhris. Sejak dia balik dari China tempoh hari kami belum ada kesempatan untuk berhubung. Aku sudah tidak ke Desa Rasa. Mukhris juga tidak menghubungi aku langsung. Cuma pernah dia menghubungiku tetapi ketika itu aku sedang mandi tetapi bila aku hubungi dia semula, langsung tidak di jawabnya sampailah sekarang.
“Ris suka tengok Mukhris tu!”
Aku yang ketika itu senang minum air mineral hampir tersembur. Faris tergelak sambil menghulur tisu kepadaku. Aku pandangnya yang masih tersenyum.
“Bukan suka macam bila Ris tengok Sayang lah! Suka tengok cara dia. Nampak bertanggung jawab. Pertama kali jumpa dia, Ris dapat rasa dia boleh di harap.”
“Dah tu?” soalku.
“Three. Kalau Sayang bukan dengan Ris tentu dah pilih dia kan?”
Kali ini aku pandang Faris yang masih tersenyum. Mukaku mencerut. Merepek tak tentu pasal! Getusku.
“Jangan nak mula merepek boleh tak? Ada juga yang kena kang!”
“Itu pun nak buat muka macam itik! Ris cakap yang betul apa?!”
“Apa yang betulnya?! Ris tak kenal dia betul-betul lagi. Laser kalah perempuan!” jawabku dengan muncung yang panjang. Sudahlah merepek tidak tentu pasal lepas tu siap gelar aku ‘itik pula’. Faris ketawa lagi. Seronok benar dia dapat mengenakan aku!
“Sayang, laser tu tidak bermaksud dia tak bertanggungjawab. Betul tak?”
“Jadi, Ris nak sayang pergi kat dia lah? Kahwin dengan Mukhris tu?” aku jengil-jengilkan mataku. Faris tersenyum kemudian tertunduk.
“Sayang... sayang, tak kan Ris nak lepaskan Sayang! Tapi kalau di takdirkan...”
“Stop okay! kalau tak sayangkan orang cakap lagi macam tu. Kalau sayang nakkan si Mukhris tu, takkan sayang terima Ris!”
Aku pandang ke tempat lain. Entah kenapa rasa sebak menjalar ke seluruh tubuh. Tanpa sedar, air mataku mengalir.
“Sayang... eh, janganlah menangis macam ni! Kesat air mata tu! Okey, Ris janji tak cakap bukan-bukan dah! Ya sayang!”
“Janji?”
Faris angkat tangan, lagak bersumpah. Masih ada senyuman bersisa di bibirnya. Kemudian, dihulur sebiji gula-gula mentos kepadaku.
“Kenapa pulak bagi mentos?” soalku sambil mengesat tubir mata dengan hujung baju lengan panjangku. Faris tersengih.
“Sejukkan hati sayang tu lah! Nak cari bunga jauh sangat, mahal pulak tu!”
“Mengada-ngada. Mula-mula dulu semua boleh bagi.” Ujarku sekadar bermain kata.
“Nak betul ke? Jap Ris pergi beli. Jangan pergi mana-mana!”
Faris sudah bangun tetapi cepat sahaja aku menarik hujung kemeja kotak-kotaknya. Aku gelengkan kepala. Rasa bersalah pula kepada Faris.
“Orang gurau je lah! Dahlah, jom jalan! Banyak lagi belum survey ni!”
“Yalah sayang! Erm, Maira!”
Aku yang sudah bangun dan mula melangkah menoleh ke belakang. Faris menunjukkan beg tanganku yang tertinggal. Aku sekadar tersengih. Nasib baik ada Faris! Kalau tak semuanya haru.
“I love you so much! Jangan menangis lagi!” ungkapan itu pelahan tetapi dekat dengan telingaku.
“Saya cinta awak tau!” sekali lagi ungkapan itu singgah. Faris sekadar tersenyum bila melihat aku bagaikan tergamam dengan ungkapannya tadi.
“Dah jom!”
Langkahku pantas bila melihat Faris sudah melangkah jauh. Sesungguhnya aku merasakan aku cukup bertuah, terlalu bertuah kerana ada Faris!
Tetiba mataku tertancap ke arah sesusuk tubuh yang amat aku kenali. Mukhris. Aku pandang wanita disebelahnya. Wanita itu tampak sederhana. Sekadar mengenakan seluar panjang berwarna hitam dan berbaju t-shirt warna senada. Nampak mesra benar mereka. Kekasih Mukhriskah? Aku bersoal di dalam hati sambil mendapatkan Faris.
“Tak nak pergi tegur ke?” soal Faris yang turut memandang ke arah Mukhris.
“Tak mau la kacau orang dating. Kita pun dah lambat ni.”
Faris sekadar mengangguk. Aku masih memerhati Mukhris dan wanita itu hingga hilang dari pandangan. Mereka Nampak serasi. Wanita itu juga kelihatan cukup manis dan menarik walaupun kelihatan amat sederhana. Aku tersenyum sendiri akhirnya. Entah tidak pasti untuk apa!
8 comments:
sape lak ngan Mukhris tu?
wahai adikku, salam.
pendek sangatlah! tak puas sofi baca, hehe.
cheerio!
oho..
da berteman ya
may_lin : jeng. jeng... tett
sofi: huhuhu.. pendek ke kak? 4 pages tu... ketandusan idea kak!! hehehe
misz zana: dia adalah.... tunggu!!
This comment has been removed by a blog administrator.
This comment has been removed by a blog administrator.
Hi all,
i hope to join the discussion soon
hopefully i can participate in some lively discussions here!
talk to you all soon!
[IMG]http://www.trueimagehost.com/1/m/47xFMd46ie7B/blank.gif[/IMG]
hiya
great forum lots of lovely people just what i need
hopefully this is just what im looking for looks like i have a lot to read.
Post a Comment