Thursday, January 14, 2010

RAHSIA RINDU 37

Umaira termenung di hujung katil. Termangu seketika. Semacam tidak percaya dia kini di Pulau Sipadan. Pulau yang pernah dicalonkan untuk menjadi antara tujuh benda ajaib di dunia. Semalam dia tiba sudah agak lewat. Siap membersihkan diri, terus dia tidur. Pukul lima setengah pagi, dia sudah dikejutkan dengan panggilan telefon daripada Mukhris. Mengejutkannya untuk solat subuh. Dia mamai ketika Mukhris menyebut berkenaan solat subuh. Dia ingatkan dia berada di Semenanjung. Ketawa sakan lelaki itu ketika dia marah-marah mengacau dia tidur sambil menyatakan azan belum masuk lagi.

Pandangannya beralih ke pintu bila kedengaran pintu bilik di ketuk. Aduh, pagi-pagi ni apa yang dorang nak?! Umaira mendengus. Lambat-lambat dia bangun menuju ke pintu.

“Cik Umaira, this is for you.” Ada senyuman terukir di bibir gadis itu tetapi lain pula reaksi Umaira. Dahinya berkerut. Lama dia merenung jambangan bunga mawar merah dan putih serta baby breath.

“Are you sure?”

Gadis itu sekadar angguk dan senyumannya masih bersisa. Masih setia memegang jambangan bunga untuk pelanggan resort tempat dia bekerja itu. Tadi, seorang lelaki daripada kedai bunga menghantar jambangan bunga itu ke kaunter dan disertakan sekali nama penerima dan nombor bilik. Mana mungkin dia tersilap orang.

“Oh, thanks.” Umaira capai juga akhirnya jambangan bunga yang dihulur sambil mengucapkan terima kasih. Dia masih kaku dihadapan pintu bilik bila gadis beruniform itu berlalu pergi. Fikirannya ligat memikir gerangan siapa yang menghantar jambangan bunga kepadanya. Mukhris?! Hanya dia dan ahli keluarga Kak Mashitah yang tahu dia berada di Pulau ini. Seketika kemudian, barulah dia kembali masuk ke dalam.

Happy birthday to u, Maira.

I’d like to take this time to say,

U’r very special in every way

So, I wish u a very Special Happy Birthday!

Mukhris.

Umaira tersenyum sendiri. Ah, lelaki ni! Kekadang mampu juga membuatkan hatiku bagaikan melayang-layang jauh di awangan! Bisik Umaira sekadar di dalam hati. Terus sahaja dia menghubungi lelaki itu. Tiada jawapan, akhirnya dia membiarkan sahaja. Malas mahu menghubungi lelaki itu buat kali ke dua. Biarlah, nanti-nanti lelaki itu pasti akan menghubunginya.

Umaira meletakkan jambangan bunga di atas meja. Memikir-mikir untuk meletakkan bunga itu di dalam apa supaya tidak cepat layu. Dia tersenyum bila melihat pasu sederhana besar berisi bunga-bunga perhiasan di sudut meja solek. Datang ideanya.

Telefon yang berdering mematikan kelincahan tangannya mengubah bunga-bunga segar itu ke dalam pasu. Sejak menjadi pembantu kedai bunga Kak Mashitah, dia sudah pandai mengubah bunga.

“Assalamualaikum!” pantas dia memberi salam sebelum Mukhris.

“Waalaikumsalam. Amboi, lajunya jawab! Dah bangun belum ni?”

Umaira mencebik. Bila bercakap, lelaki ini ada sahaja benda yang mahu kenakannya. Ada sahaja kata-katanya yang bernada sindiran.

“Dah bangun la. I tidur sekejap jer lepas subuh tadi dan I dah dapat bunga yang you bagi. Thanks!”

“Dah dapat? Keluarlah sekarang, kita breakfast sama!”

“Hah!” berdesing telinga Mukhris dek kerana jeritan Umaira.

“Yang you menjerit sampai nak pecah telinga I ni kenapa? Kalau ya pun you teruja I dekat sini jangan nak memekik sampai macam tu!”

“Yang you tu tetiba buat I terkejut, siapa suruh?! Cakaplah betul-betul Ris, you kat mana ni?!”

“Depan bilik you!”

“Jangan bergurau boleh?!” Umaira sudah hilang sabar. Dia tidak suka Mukhris bergurau begitu.

“Sejak bila I bergurau dengan you!! Cepatlah, I dah lapar ni!”

Terus sahaja Umaira bangun dari katil dan terus ke pintu. Di intipnya melalui lubang yang terdapat di pintu. Tiada sesiapa! Hatinya membahang.

“Penipu! I tengok tak ada pun!” suara Umaira sudah meninggi.

“You tengok dengan mata ke dengan lutut?” suara Mukhris ikut tinggi. Ketukan yang bertalu-talu di muka pintu mengejutkan Umaira.  Terus sahaja dia membuka pintu bilik tanpa berfikir panjang. Telefon bimbitnya masih menekap di telinga. Dia dengar ketukan pintu dari sebelah sana.

“Ha, dah percaya?” wajah Mukhris kelihatan kemerahan. Umaira melopong. Dia benar-benar tidak percaya Mukhris berada di hadapannya.

“Dahlah tu, tutup mulut you tu! You ni tak mandi lagi eh? Serabut!” suara Mukhris mengendur. Umaira tersengih. Baru dia sedar dia masih belum mandi dan dengan baju tidur yang masih membaluti tubuhnya, dia jadi segan dengan Mukhris.

“Cepatlah pergi mandi. I tunggu ni!”

Bergegas Umaira masuk tanpa sempat menutup pintu. Mukhris menggeleng sahaja sambil tangannya menarik pintu bilik Umaira.

Lima belas minit kemudian keluar Umaira yang sekadar berbaju t-shirt lengan panjang dan berseluar track serta bertudung hitam.

“You bersiap punya lama, ini yang you pakai?! I ingat nak melaram sampai mendung pulau ni!” ngomel Mukhris. Umaira mencebik tetapi dia tidak terasa dengan perlian lelaki itu. Dia menyaingi lelaki itu yang sudah melangkah terlebih dahulu.

Di dalam hati ada rasa yang dia sendiri sukar untuk tafsirkan. Berbunga riang dan dia tidak kisah lagi dengan layanan ‘kejam’ Mukhris!


5 comments:

epy elina said...

hohoho...
napa part ni pndek je...
kan best msa birtday maira, mukhris meluahkan prsaan dia kat maira...
best2x...

MaY_LiN said...

sukanyeee...
pandai mukhris wat suprise ya..

Anonymous said...

Hahahaha...cpt2 la smbg...x sabar nk tau apa surprise yg Mukhris nk wat kt Umaira.....sure nnt romatik habis....

cinta terindah said...

ish...ngada2 la Mukhris 2...
bwat sprise gila2 plak..haha

misz nana said...

Mukhris pn ada gak..
best2..
Mukhris sgt sweettt! =)