Pagi itu, Umaira bersarapan dengan Shofea. Baru sahaja mereka duduk, seorang lelaki berbangsa Inggeris datang menyapa. Shofea nampak terkejut benar dengan kehadiran lelaki itu sehinggakan dia tidak dapat berkata apa-apa. Umaira sekadar menjadi pemerhati.
“What are you doing here?!” lama kemudian baru Shofea bertanya. Lelaki berambut perang dan wajah putih kemerahan itu ketawa kecil mendengar pertanyaan Shofea.
“Just try to make some suprise to you.”
“Yalah. So suprise. You patut call I dulu!”
Shofea sudah berbahasa Malaysia dengan lelaki inggeris itu. Umaira tertanya-tanya sama ada lelaki itu faham atau tidak.
“If I call you, sik ada suprise nyalah tok! Sik mauk ajak kamek duduk?”
Mamat Inggeris ni pandai cakap Sarawak!? Umaira menjerit di dalam hati. Semacam tidak percaya mendengar butir perkataan yang diluahkan lelaki itu.
“Oh lupa pulak. This is Umaira. Umaira, I kenalkan Taufik.”
Mereka berbalas senyuman sahaja. Lelaki bernama Taufik itu mengambil tempat di tengah-tengah antara mereka berdua.
“Sik tahu pun kitak ada teman kacak.”
“You boleh cakap Bahasa Malaysia standart tak?”
Permintaan Shofea yang bagaikan arahan itu mengundang tawa Taufik. Umaira sekadar tersenyum. Melihat cara Taufik dan Shofea, Umaira dapat mengagak ada sesuatu antara mereka. Sesuatu yang istimewa!
Tetiba, Shofea melambai ke satu arah. Sebaik sahaja Umaira menoleh, wajahnya berubah rona. Mukhris! Lelaki itu menghampiri mereka, mengundang rasa tidak selesa Umaira.
“Come, joint us. Baru je nak mula breakfast. Taufik, ini Mukhris. Mukhris ini Taufik.”
Kedua-duanya berjabat tangan dan Mukhris mengambil tempat di sebelah Umaira. Dia tidak peduli dengan riak wajah wanita itu. Malam tadi hatinya sakit bila panggilan telefonnya tidak berjawab malah wanita itu dengan sengaja membatalkan panggilannya sehinggakan dia tidak dapat melelapkan mata sampai ke pagi.
“Dorang berdua ni datang berdua tapi dah sampai sini macam-macam hal pulak!” terus sahaja Shofea membuka cerita. Taufik yang mendengarnya semacam tidak memahami tetapi melihat isyarat tangan Shofea, dia sudah tergelak.
“You pandai-pandailah Shofea! I tak kenal pun lelaki macam dia ni!”
Mukhris sudah merenung Umaira yang buat-buat tidak faham dengan renungan lelaki itu. Apa dia peduli?! Bukan boleh buat apa-apa pun! Renunglah sampai tembus pun! Umaira mengomel di dalam hati.
“”You sengaja nak sakitkan hati I kan?!” soal Mukhris pelahan dekat dengan telinga Umaira. Shofea dan Taufik hanya tersenyum melihat gelagat kedua-duanya. Masing-masing tidak mahu mengaku kalah.
Perang dingin antara kedua-duanya berlanjutan hingga habis sarapan. Tika Shofea dan Taufik meminta diri untuk beredar masing-masing masih kaku di kerusi.
“Apa yang you marah sangat dengan I, Maira? Macam besar sangat kesalahan I!”
Umaira mendengus. Lelaki macam nilah! Tak pernah nampak salah yang jelas benar terangnya! Siap boleh tanya kita lagi apa salahnya!
“You ni tuli agaknya sampai dah tak tahu salah sendiri. I malaslah nak layan lelaki macam you ni!”
Umaira sudah bangun dan mahu berlalu. Lama-lama dengan Mukhris makin membengkak hatinya. Bukan mahu dipujuk tetapi menambahkannya lagi!
“You nak ke mana? Kita tak habis lagi ni!”
Jari-jemari Mukhris sudah mencengkam tangan Umaira. Serentak dengan itu Umaira melepaskankan tangannya.
“You ni dah lah sakitkan hati I. Lepas tu tangan I pun you nak sakitkan! Dahlah tangan tu berbisa mengalahkan apa tah! Dahlah Ris, nothing to discuss or nothing to explain. Okay?! I akan bayar balik duit you untuk semua ni. I tak mahu berhutang dengan you lagi okay!”
“Apa ni Maira?! I buat semua ni bukan atas niat apa-apa! Yang you nak ngada-ngada bayar balik kenapa?” Mukhris sudah ikut berdiri. Lengan Maira kembali dalam genggamannya. Dia tidak peduli kalau ada mata-mata yang memerhati. Biarlah!
“Sebab you tak ikhlas! Sebab you bawak I ke sini untuk temankan you ingatkan arwah Marissa! I ni bukan robotlah Mukhris! I ada perasaan.”
“Apa perasaan you? You cintakan I kan? You jealous bila I sebut nama Marissa!”
Mukhris sudah tersengih. Tetiba datang idea itu. Umaira mencebik.
“You jangan nak perasanlah Mukhris! I sanggup jadi anak dara tua dari berkahwin dengan you. Dahlah tak pandai nak jaga hati orang, kasar pulak tu. Harap je muka...”
Kata-kata Umaira terhenti di situ bila merasakan apa yang bakal diperkatakannya bakal mengundang sindiran Mukhris.
“Harap je muka apa? I handsome sangat ke?” Mukhris sudah tergelak bila melihat riak wajah cemburut Umaira. Setengah tahun wanita itu hilang, dia merasakan hidupnya kosong. Perniagaannya di China dibiarkan kepada pembantu sahaja sedangkan sebelum ini dia mahukan semua diuruskan oleh diri sendiri tetapi kehilangan Umaira menjadikan dia tidak bersemangat langsung.
“Eleh, handsome lagi Hazim!”
Nama itu terpacul dari mulut Umaira. Lelaki awal empat puluhan yang kerap kali berkunjung ke kedai bunga menemui Kak Mashitah itu berlayar di ruang mata. Sememangnya lelaki itu kelihatan kacak walaupun di matanya Umaira temui kekosongan.
“Siapa Hazim?” lemah suara Mukhris. Tak kan sekali lagi dia perlu mengalah seperti sebelum ini?!
“You peduli apa siapa dia! Yang penting dia lebih handsome, lebih kaya dan lebih sopan dari you!” seronok pula Umaira mengenakan Mukhris.
“Ke you reka-reka je? Entah Hazim mana yang you sebut!”
“I tak suka mereka-reka ceritalah. You tak percaya tanya Kak Mashi. Dia selalu datang kedai!”
Raut wajah Mukhris pula yang berubah rona. Adakah Umaira sudah temui penganti Faris? Adakah dia sudah terlambat untuk kali ke dua?
Melihat wajah Mukhris yang sayu begitu Umaira sedikit puas. Sememangnya lelaki bernama Hazim itu punya segala-galanya. Malah sudah beristeri pun! Tetapi kesilapan mengatur hidup menjadikan lelaki itu kekosongan jiwanya dan menderita. Mendengar cerita serba sedikit berkenaan lelaki itu dari Kak Mashitah, hatinya dipagut simpati tetapi dalam masa yang sama dia merasakan betapa bodohnya lelaki itu. Perkahwinan yang termetrai dek atas paksaan mana mungkin akan bahagia.
“Dia terlalu sayangkan isterinya tapi dia terpaksa terima hakikat Ihah bencikan dia!”
Kata-kata Kak Mashitah bermain difikiran. Farihah nama isteri Hazim. Usia wanita itu jauh lebih muda. Beza umurnya dengan Hazim hampir tiga belas tahun.
“Dia memang ada segala-galanyakan? Tapi you tak jatuh cinta dengan dia! You love me right!”
“Hah!”
“You ni kalau mengelamun, gempa bumi pun tak sedar. I cakap you tak cintakan dia. You love me!” senyuman nakal bermain di bibir Mukhris. Sebenarnya dia mahu memujuk diri. Dia tidak mahu kalah lagi kali ini. Dia tidak mahu lagi menjadi lelaki pengecut dan membiarkan sahaja dan paling penting dia tidak mahu Umaira menderita lagi. Wajah itu sudah cukup memberitahunya akan penderitaan empunya diri.
“Erk? You ni Mukhris sejak bila pula kena sampuk ni? I tak cintakan you okay?! I tak jatuh cinta dengan lelaki yang hidup tiga tahun kebelakang.” Umaira sudah memerli Mukhris tetapi hatinya tertanya dengan kata-katanya sendiri. Benarkah tiada cinta untuk Mukhris?
“I dah lupakan semua tu!”
“Wah, sehari je you dah lupakan!”
“Kita duduklah dulu, Maira. Penatlah bertekak sambil berdiri ni!”
“You duduklah. I nak masuk bilik, nak pack barang.”
“Sayang, you ni kan degillah! I kata duduk!”
Mukhris sudah menarik kerusi untuk Umaira. Matanya membulat memandang wanita itu. Kalau boleh mahu sahaja dia menarik tubuh itu supaya duduk tetapi memikirkan natijahnya nanti dibiarkan sahaja.
“You ni memang perangai macam ni eh? Suka paksa-paksa orang? Semua orang kena ikut cakap you!”
“I akan ikut cakap you bila you sudi kahwin dengan I!”
“Hah!”
Umaira sudah menjerit. Tidak masuk akal betul! Mukhris sudah tersengih-sengih. Dia sudah memikirkannya semalam. Sudah tekad dan dia yakin dengan pilihannya. Dari dulu dia memang yakin dengan pilihannya tetapi perasaan tidak yakin itu sentiasa menghantuinya.
“Kita kahwin ya?”
“You ni....”
“I sayangkan you, Umaira!”
“Ya, you sayangkan I macam orang lain sayangkan I. Macam you sayangkan orang lain.” Umaira sengaja tidak memahami.
“Bukan yang tulah. You sengaja buat tak faham kan?!”
“Apa pulak. Dulu you juga kata you sayangkan I macam orang lain juga.”
“Umaira, maksud I... I cintakan you!”
Mendengar ungkapan itu secara tetiba hati Umaira berdebar. Serasa panas menyerbu ke muka.
“Erm, you jangan main-main boleh tak?!
“I tak main-mainlah. I tak nak kehilangan you lagi. “
“Tapi you masih tidak dapat melupakan Marissa!”
“Dia kenangan I tapi I sayangkan you. I tahu you mungkin tak akan percaya. I perlukan you untuk lupakan arwah. I ingat dia seperti mana you ingat your ex. Nothing more than that.”
“I takut Ris! I dah banyak kali gagal. I takut nak beri you atau diri I sendiri peluang!”
“I janji I tak akan sia-siakan you. Kalau you nak, I bagi you masa untuk siasat semuanya tentang I. Segala-galanya yang you nak tahu supaya you tahu I tak tipu you or sia-siakan you.”
Umaira sudah tergelak. Mukhris ini kalau datang kebudak-budakannya boleh tahan juga! Ah, kalau dia siasat pun belum tentu lagi semuanya tentang lelaki itu dia akan tahu.
“Yang you gelak ni kenapa?”
“I gelakkan you. Boleh pulak bagi cadangan tu! Mukhris, bagi I masa okay!? Banyak lagi benda yang perlu I lakukan. I tak mahu fikir soal ni buat masa ni!”
“Okay, I beri you masa but jangan lama sangat. I tunggu you dah lama. I tak sanggup nak tunggu lagi!”
“Dah tak sanggup tunggu, carilah perempuan lain!”
“I nakkan you bukan perempuan lain! You nikan Maira sengaja nak bagi I sakit hati kan?”
Umaira mencebik. Dia pandang wajah Mukhris yang masam mencuka. Bukan selalu dia kenakan lelaki ini! Sesekali puas juga.
“Dahlah, I nak masuk bilik. I nak tidur. Tak cukup tidur semalam.”
“Maira...”
“Apa lagi Mukhris?!”
“I really love you. I sayangkan you lebih dari apa yang you tahu...”
Umaira sekadar tersenyum. Jauh di sudut hatinya, dia benar-benar terharu. Selama ini, dia melihat sinar cinta itu di mata Mukhris tetapi sering kali dia menafikan dek layanan lelaki itu terhadapnya.
8 comments:
alalala..
Mukhris sgt sweet!
kihkihkih..
camtu baru la gentleman Mukhris..
suka2! =]
hohohoho....
mukhris2x...
nak maira trma lmaran mukhris...
nak mereka bhagia...
ckupla pnderitaan yg mrka brdua alami sbelum ni...
best2x...
smbung2x...
bestnya...
mukhriz ngan maira
kahwinkan depa cepat2
hehe.
uish mel kena mula dari no 1 nie ! hehe ada sinopsis tak dari 1 - 40?
cerita pasal cinta² nie mel suka sikit :P hik↓
oho...
pandai nyeee...
pujuk2lak..
wakakambing....lawak siot!!!
huhuuuuuu best3!!!
bunga2 cinta dah b'mula...
lpas nie mst lbh syok nak bc...
missnera...bwat gimik gila2 sket tau...hehe
terima kasih atas komen anda semua! sedang memerah otak untuk next n3!!
melz: nak sinopsis, nnti sya watkan sinopsisnye! tenkui yoh!
huhuh...kalo ade jodoh x kan kemne aight??sweetttttt!!!love it!!
cpt2 sikit ya post nxt n3....bagai nk gila dh bca novel u nih...i slalu ske abihkan semue skaligus...novel2 yg i beli pun i abihkan dlm mse shari jek(buang mse)hahaha...tp nk wat cne kan...nih novel on9...x leh nk pkse2 plak...but ur story best la!keep up the good work!
Post a Comment