Ketukan di muka pintu mengejutkan aku. Segera air mata yang masih mengalir deras aku kesat dengan hujung baju kurungku.
“Hai, Kak Hana. Eh, Kak Hana nangis yer?”
Aku sekadar menggeleng. Tidak punya kekuatan untuk bersuara. Nadirah yang merupakan anak saudara Ikhwan menghampiriku. Umurnya sudah menjangkau enam belas tahun.
“Akak tipu Dhira. Akak nangiskan? Kenapa Akak nangis?”
Aku sekadar membisu.
“Akak, Dhira dah dengar perbualan Akak dengan Tok Nah.”
Sedikit terkejut aku mendengar bicara Nadhira. Wajahnya kutenung lama. Nadhira tersenyum kelat.
“Dhira tak tahu pun Tok Nah dan Wan De tak beritahu Akak. Kami semua ingat Akak setuju. Tapi Dhira harap Akak janganlah batalkan pertunangan ni. Kesian uncle Wan! Dah lama Dhira tak tengok uncle gembira macam hari ni.”
Aku tertunduk mendengar rayuan Nadhira. Ada getar pada suara anak gadis itu. Tapi sendu di hatiku ini siapa peduli.
“Dhira suka Akak dengan uncle Wan tapi kalau Akak tak suka Dhira pun tak suka tengok uncle Wan menderita. Boleh tak kalau Akak bertunang dulu dengan uncle kalau Akak rasa uncle tu tak sesuai dengan Akak, Akak boleh minta putus. Nanti Dhira akan explain pada uncle.”
“Erm, ni ada kad untuk Akak. Uncle yang bagi. Dira harap Akak terimalah kalau tak Dhira akan rasa serba salah dengan uncle sebab uncle dah amanahkan pada Dhira supaya serahkan pada Akak.”
Nadhira menghulurkan aku sekeping kad bersampul putih. Dalam hendak tak hendak aku terpaksa menerimanya.
“Uncle kirim salam. Dira keluar dulu ya?!”
Selepas Nadira keluar dari bilik, aku mencampakkan kad yang baru kuterima tadi ke hujung bilik. Tidak punya kekuatan untuk membacanya.
Aku langsung tidak keluar bilik menjenguk apa yang berlaku di luar. Bagiku semua itu sudah tidak penting. Emak dan Abah membuat keputusan tanpa memikirkan perasaanku. Bukankah emak ingin melihat aku bahagia? Tapi kenapa emak sanggup bersetuju dengan Abah dengan menentukan jodohku.
Ketukan bertalu-talu di muka pintu mengejutkan aku yang terus hanyut dalam lautan kenangan bersama Syahril. Dengan malas aku bangun membuka pintu.
“Lepas maghrib nanti pakai baju ni!”
Melihat baju kurung polos berwarna putih susu itu membuatkan air mataku mengalir lagi. Aku pandang wajah emak, mengharapkan simpati tapi wajah emak bagaikan tidak mengerti.
“Hanis tak nak mak!”
“Jangan nak bagi keluarga kita malu, Hanis!”
Agak keras nada suara emak dan aku hanya mampu menangis mendengarnya. Kenapa alasan itu yang menjadi sebabnya? Kerana budi lelaki itu emak dan Abah sanggup menjual kebahagiaan anaknya sendiri. Tidakkah emak dan Abah sedar bahawa lelaki itu bukanlah pilihanku? Lelaki yang hanya aku kenali nama dan sedikit kisah hidupnya dari Abah itu dapatkah membahagiakanku?! Aku tidak pernah percaya cinta selepas perkahwinan! Lagi-lagi dengan lelaki bernama Ikhwan itu! Dia sentiasa sibuk dengan urusan perniagaannya, dengan empayar yang baru di binanya. Mampukah dia memberi aku sedikit ruang kebahagiaan?! Aku sudah dapat membayangkan hidup aku menjadi isteri kepada lelaki korporat itu! Bosan dan menyeksakan!
“Lupakan Syahril kalau Hanis sayangkan emak dan Abah!”
Aku tertunduk. Pilihan apakah ini? Lupakan Syahril demi emak dan Abah? Ya ALLAH, apakah dosa hamba-Mu ini sampai Kau turunkan aku dugaan ini? Kenapa harus dugaan ini diletakkan dibahuku?
Malam itu, tanpa relaku aku ditunangkan dengan Ikhwan. Kak Marina, KAkak kepada Ikhwan yang meyarungkan cincin perutunangan di jariku. Saat cincin itu tersarung air mataku mengalir lagi tetapi aku pasti hanya emak yang mengerti. Jiran-jiran serta tetamu yang datang menyaksikan majlis pertunanganku mungkin menganggap air mataku yang mengalir itu hanya air mata kegembiraan.
Selepas semuanya selesai aku hanya terperap di dalam bilik. Aku menangis lagi. Menangis memikirkan nasib malangku. Deringan telefon bimbitku membuatkan aku tersedar dari lamunan. Tanpa memandang skrin telefon aku menjawab panggilan itu. Berharap bukan Syahril.
“Assalamualiakum.”
Berkerut dahiku mendengar suara itu. Suara itu tidak pernah kudengar selama ini. Namun, dalam tertanya tanya itu salamnya aku jawab.
“Erm, Ikhwan ni. Ganggu Hana ker?”
Aku menelan air liur mendengar nama lelaki itu. Selama ini aku tidak pernah mendengar suaranya di dalam telefon.
“Tak.” Jawabku sepatah. Cuba mengumpul kekuatan untuk bersuara.
“Thanks sebab sudi terima Abang. Abang gembira sangat.”
Mendengar dia membahasakan dirinya Abang membuatkan air mataku yang tadi sudah kering mengalir lagi. Aku sekadar membisu. tidak tahu perkataan apa yang harus aku ungkapkan untuknya.
“Kenapa Hana diam? Erm, Abang nak call Hana dari semalam lagi tapi tak berani nak minta nombor Hana dari pak cik. Hana dah dapat kad yang Abang bagi tadi?”
Kad? Segera aku teringat kad yang diserahkan Nadira lewat petang tadi. Entah ke mana aku campakkan.
“Er, dah tapi saya tak baca lagi.”
“Erm, tak apalah kalau macam tu. Esok Hana balik KL pukul berapa?”
“Entahlah, tak tahu lagi. Petang sikit kot.” Dalam hendak tak hendak aku menjawab.
“Abang hantar ya?”
“Hah!”
Ada ketawa dihujung talian. Mungkin Ikhwan terasa lucu mendengar jeritanku. Aku sendiri jadi malu.
“Kenapa Hana terkejut sampai macam tu?”
“Er…err... tak apalah. Menyusahkan awak ajer. Hana boleh balik sendiri.”
“Tak menyusahkan pun. Kebetulan Abang ada urusan di sana. Abang hantar Hana ya?”
Entahlah, hatiku berdolak- dalik sama ada ingin menerima pelawaannya atau tidak.
“Tanya Abah dululah! Kalau Abah bagi saya ikut.”
Akhirnya, jawapan itu yang aku berikan walaupun aku tahu tentu sahaja Abah membenarkan Ikhwan menghantar aku. Aku terperangkap dengan jawapan aku sendiri.
“Abang call Abah Hana dulu sebelum call Hana tadi. Abah Hana benarkan. So, esok Abang ambil Hana ya?”
“Erm, okey! Pukul berapa?”
“Abang ambil Hana dalam pukul dua belas tengah hari. Okey?!”
Aku hanya bersetuju dengan cadangannya. Di dalam fikiranku sarat memikirkan bagaimana harus aku lalui hari esok berdua bersamanya. Dua jam setengah perjalanan ke Kuala Lumpur tentu sahaja amat meyeksakan.
Entah kenapa tiba-tiba sahaja aku terfikir tentang sesuatu. Mungkin aku masih punyai peluang untuk terlepas dari ikatan ini. Akan aku ceritakan segala-galanya kepada Ikhwan. Biar dia tahu betapa aku tidak pernah mencintai dirinya. Walau seinci.
Ya ALLAH berilah kekuatan untuk aku tempuhi hari esok demi kebahagiaan diriku! Sesungguhnya hamba-MU ini amat berharap akan ada ruang walau sedikit untuk terlepas dari semua ini!
Aku turun ke dapur menjinjing beg galasku. Ikhwan yang sedang berbual dengan Abah terus memandangku. Lama. Aku jadi malu untuk melangkah menghampiri meja makan. Kalau ikutkan hati memang aku tidak ingin bersarapan dengan lelaki itu tetapi setelah didesak oleh emak di dalam bilik tadi terpaksalah aku mengalah.
“Dah tengah hari dah. Tunggu makan tengah hari dululah ya, Wan!”
Suara emak kedengaran. Aku pandang Ikhwan. Mengharap dia tidak menerima pelawaan emak itu. Namun, anggukan Ikhwan membuatkan aku kecewa.
Akhirnya, kami bertolak selepas zohor. Sebelum bertolak emak masih sempat memberi aku nasihat. Aku sekadar mengangguk. Malas untuk bersuara.
“Nanti kita pergi Petaling Jaya dulu ya?” ujar Ikhwan selepas keretanya dipandu meninggalkan kawasan halaman rumah.
“Erm, buat apa?”soalku ringkas.
“Abang dah belikan rumah untuk kita nanti. Tengah renovate.”
Aku bagaikan tidak percaya dengan apa yang baru sahaja aku dengar tadi sehinggakan aku meminta Ikhwan mengulangi semula ayatnya tadi. Lelaki itu ketawa kecil melihat wajahku yang nyata terkejut.
“Abang dah lama beli rumah tu sebab Abang berharap sangat dapat memperisterikan Hana, punya anak bersama Hana. Abang berharap dapat membahagiakan Hana. Alhamdulillah, ALLAH mendengar doa Abang.”
Senyuman Ikhwan menceritakan segala-galanya. Betapa dia mendambakan aku menjadi isterinya. Berharap aku akan menjadi suri hidupnya, mengharap aku menjadi ibu kepada anak-anaknya. Genggaman jari jemarinya erat sekali seolah-olah dia tidak ingin melepaskan aku pergi.
“Erm, Abang hantar Hana balik dulu. Petang esok lepas office Abang ambil Hana. Kita pergi survey barang kat IKEA. Bolehkan?”
Aku sekadar menggangguk. Aku harus melalui semua ini. Ikhwan akan menjadi suamiku sama ada aku rela atau tidak.
“Kenapa Abang tengok Hana macam tak berapa sihat jer?.” soal Ikhwan apabila keretanya mula bergerak meninggalkan kawasan perumahan.
“Er, maafkan Hana. Hana cuma letih sikit. Malam tadi Hana tidur lambat.”bohongku.
“Patutlah Abang tengok mata Hana merah. Ingatkan Hana menangis semalam. Abang takut jugak tadi. Mari sini.”
Aku menoleh ke arah Ikhwan, agak pelik dengan ayat terakhirnya tadi. Keretanya yang baru memasuki lebuhraya berhenti di lorong kecemasan.
“Dekat sikit dengan Abang.”
Aku mengerutkan dahi, tanda kurang faham dengan kata-kata Ikhwan. Lelaki itu hanya tersenyum. Serentak dengan itu dia menarik tubuhku supaya rapat kepadanya lantas satu kucupan hinggap di kedua-dua belah mataku. Aku jadi tergamam dengan tindakannya.
“Ok dah?”
Tiada kata-kata yang mampu kuluahkan saat itu. Dia terlalu baik untuk dikecewakan. Sedangkan hatiku hanya untuk lelaki bernama Syahril.
“Lah, Abangkan dah kata jangan menangis kerana Abang. Sayang Abang tak?”
Dalam air mata yang tidak kusedari bila mengalir aku tersenyum mendengar kata-kata Ikhwan. Biarlah Ikhwan mentafsirkan senyuman aku sebagai tanda aku menyayanginya walaupun di hatiku masih ada nama Syahril.
“Abang tak nak Hana menangis bila bersama Abang. Bolehkan?”
Setelah aku mengangguk barulah Ikhwan menggerakkan kembali keretanya. Aku sampai di rumah lebih kurang pukul tiga petang. Hanya ada Alia di rumah.
“Saper mamat yang hantar kau balik tu Hanis? Handsome jugak. Tak nak kenalkan kat aku ker”.
Pertanyaan Alia hanya sepi tanpa jawapan. Aku mengangkat beg ke bilikku. Entah kenapa aku terasa sedih tiba-tiba dan akhirnya aku menangis. Gambar Syahril yang menghiasi meja kerjaku, aku hempaskan ke lantai. Gambar-gambar kami bersama yang turut menghiasi mejaku turut ku hempaskan ke lantai.
“Ya ALLAH, kenapa ni Hanis? Kau dah gila ker? Kenapa ni? Kau bergaduh dengan Syahril ker?”
Pertanyaan Alia yang bertubi-tubi itu langsung takku jawab. Cincin pertunangan yang menghiasi jari manisku, aku tanggalkan dan kucampak entah kemana.
“Cakap dengan aku Hanis? Kenapa ni? Tiba-tiba kau mengamuk macam ni? Siapa lelaki tadi?”
Aku cukup tertekan. Bilik ini terlalu banyak kenangan Syahril. Terlalu banyak sehinggakan menyesakkan fikiranku. Aku mencintai Syahril tetapi kenapa aku harus berkahwin dengan Ikhwan?
“Tinggalkan aku sendirian, Lia! Tolonglah jangan kacau aku!”
“Cuba cerita dengan aku. Kenapa kau menangis macam ni? Kau gaduh dengan Syahril ya?”
“Lia, kalau kau kawan aku tolonglah tinggalkan aku sendirian. Aku tak nak di ganggu. Tolonglah, Lia!”
“Okay, aku keluar tapi kau kena janji dengan aku lepas kau dah okay kau ceritakan pada aku apa yang terjadi!”
“Aku janji, okay?! Lia….”
Alia yang sudah menghampiri pintu menoleh ke arahku.
“Tolong jangan beritahu Syahril, okay?”
Alia sekadar mengangguk. Pintu bilikku dikuaknya pelahan. Aku dapat melihat wajah-wajah kerisauan rakan-rakan serumahku yang menunggu di hadapan pintu.
“It’s okay. Biar dia cool down dulu.” Pelahan suara Alia memberitahu rakan-rakan serumahku yang lain namun masih mampu kudengar butir bicaranya. Pintu bilikku ditutup kembali. Serentak dengan itu air mataku mengalir deras. Aku tahu aku tidak mampu untuk bertahan. Ikhwan terlalu baik untuk dikecewakan tetapi bagaimana pula Syahril? Dia juga lelaki baik. Ciri-ciri lelaki idamanku ada padanya. Dia tidak pernah mengambil kesempatan terhadapku.
Aku menghampiri meja tulisku yang berselerak. Tangisanku makin menjadi-jadi melihat gambar kenangan aku dan Syahril yang cantik berbingkai tercampak ke lantai. Aku capainya lantas aku bawa ke katilku. Lama gambar itu kutatap. Aku tersenyum dalam tangisan. Bukan mudah untuk aku menangis tetapi sejak mengetahui pertunangan aku dengan Ikhwan air mata seolah-olah sudah sebati dengan diriku.
“Hana akan pertahankan cinta kita, Syah! Hana akan beritahu Ikhwan segala-galanya.”
Mataku terasa berat untuk diangkat. Kantuk tiba-tiba hadir membuatkan aku tertidur dalam kenangan yang telah aku dan Syahril ciptakan.
11 comments:
hui.. romantik la plak si ikhwan ni.. huhuhuu..
sambung lg.. nk tau pe jd.
pas tu bru leh plih antara ikhwan or syahril..
hehehe..
hohoho....
crta 3 segi...
hmmm...
ssh nak bt plihan antra pilhan org tua or pilihan ati...
tp kdng2 plihan org tua lbih mnjminkn kbhgiaan...
kdng2 prkra yg bruk adalh prkra yg baik Allah berikn kpda kte n sbliknya...
best2x...
smbung2x...
ssh gak kan nak pilih mana satu nih hehehe
salam..
betulkan sikit ayat ni...
“Erm, ni ada kad untuk Akak. Uncle yang bagi. Akak harap Akak terimalah kalau tak Dhira akan rasa serba salah dengan uncle sebab uncle dah amanahkan......
jgn marah, mn, ya.
kak sofi suka citer ni. suka sangat. lupa pulak. nama heroin ni hanis? hana? mana satu? atau dua2?
cpt sambung!
to sofi : hehehe.. tq.. dah betulkan dah!
to all : jeng- jeng.. bersedia utk mengamuk!!
oppss lupa pulak nama watak ini hanis farhana..
macam baik je Ikhwan tu..
lorh.... romantik giler lah.. bestnya.. tulah.. bila tgk si syahril tu baik.. terus taktau nak pilih mne.. tp klo si syahril tu jahat takpe jugak boleh tutup mte trus pilih ikhwan je... hahahahahha!! sambung lg mn!!
cedih nyeeee..
nak pilih yang mana neh..
ermmmmmm...mmg susah klu tak cinta kan...nak smbg bc dlu yaa...
ape nihh belum kawen dh kiss kiss nih,,sepak kang ikhwan ni
Post a Comment