Seminggu telah berlalu. Aku masih lagi tidak dapat membuat keputusan. Syahril pulak begitu sibuk dengan masalah yang dihadapi syarikatnya. Namun setiap malam dia akan tetap menghubungiku. Aku cuba untuk ceria ketika berbual dengannya walaupun kadang kala aku tewas. Namun setiap kali Syahril bertanya aku sekadar memberi alasan betapa aku merinduinya. Dia hanya tertawa dan berjanji akan keluar bersamaku apabila segala masalahnya selesai. Entahlah, aku tidak pasti sama ada akan wujud lagi pertemuan antara kami.
Ikhwan pulak terlalu baik untuk aku kecewakan. Kadang kala aku kasihan dengannya. Impiannya untuk hidup bersama denganku terlalu tinggi. Tak tergapai olehku. Setiap kali waktu makan tengah hari dia akan menghubungiku. Begitu juga selepas habis waktu pejabat. Walaupun yang sebenarnya sudah empat hari aku bercuti. Terperap di dalam bilik. Menangis dan menangis sehinggakan Alia marah denganku.
“Saya datang KL esok. Saya nak jumpa Hana boleh? I miss you so much!”
“Awak nak datang ?Er..er..”
“Tak boleh ker? Tak apalah kalau macam tu. Okeylah….”
“Tak, bukan tak boleh. Awak nak datang pukul berapa?”
Ada keluhan di hujung talian. Ada sesuatu yang tidak kena dengan Ikhwan. Cara dia bercakap malam ini tidak seperti selalu. Tiada kata-kata impian yang diucapkan. Tiada kata rindu seperti selalu.
“Dalam pukul sepuluh pagi. Saya nak ajak Hana pergi Pasar Seni. Bolehkan?”
“Awak nak cari apa kat sana?”
“Erm,kenangan. Boleh ker?”
Dia sudah mula ketawa tetapi kata-katanya itu bagai punya makna yang tidak dapat aku tafsirkan. Perbualan kami tamat tanpa ucapan rindu seperti selalu.
Thanks sebab sudi menemani saya : )
Sebaris mesej yang baru ku terima selepas Ikhwan menamatkan panggilan malam itu agak mengangguku. Terasa seperti ada sesuatu. Malah aku kehairanan apabila dia membahasakan dirinya ‘saya’ bukan ‘Abang’ seperti selalu.
“Kenapa Hanis?”
“Ikhwan call aku. Dia nak jumpa esok.”
“Erm, ada baiknya kau pergi jumpa dia. Terus terang kat dia tentang perasaan sebenar kau. Jangan biarkan kau orang berdua hidup terseksa.”
Aku sekadar mengangguk. Entahlah sama ada aku punya kekuatan untuk memberitahu Ikhwan tentang Syahril.
“Lia, kau ada nampak tak cincin aku?”
Alia tidak mengangguk mahupun menggeleng. Dia bangun menghampiri meja solekku. Di keluarkan sesuatu dari laci meja kemudian dihulurkan kepadaku.
“Aku tolong simpankan. Cincin ni tak salah.”
Aku tidak memberi reaksi dengan kata-kata Alia. Cincin itu aku sarungkan kembali ke jari manisku. Cincinnya memang cantik tetapi aku tidak pernah mengharap ia daripada Ikhwan.
Tidak sampai lima belas minit kemudian, telefon bimbitku berbunyi lagi. Aku dan Alia saling berpandangan apabila nama Ikhwan tertera di skrin.
“Hello.” Ucapku.
“Erm, kalau Hana tak ada masa esok tak apalah. Saya tak kisah. Lain kali pun boleh lagikan?! Jangan paksa diri Hana!”
“Erm, sekejap ya!”
Aku pandang Alia. Telefon bimbit Alia aku capai lantas aku taip mesej sebelum ditunjukkan kepada Alia.
“Jumpa!” jawab Alia tetapi hanya mulutnya sahaja bergerak. Tiada suara yang keluar.
“Erm, saya tak ada apa-apa aktiviti esok. Tak apalah, awak datang. Ada sesuatu saya nak cakap dengan awak.”
“Cakap apa?”
“Esoklah kita cakap ya?”
“Betul Hana tak kisah jumpa saya esok!”
“Ya, esok kita jumpa. Awak datang ambil saya ker?”
“Kalau Hana tak kisah.”
“Okay, awak datang ambil saya.”
“Okay. Bye”
Aku masih menukup telefon bimbitku ditelinga walaupun Ikhwan sudah mematikan talian. Rasa hairan bermukim di hatiku. Sikapnya lain benar. Selalunya aku yang akan mematikan dahulu talian telefon. Entahlah!
Pagi itu seawal pukul sembilan setengah pagi aku sudah bersiap. Debaran hatiku cukup kencang. Aku sudah memikirkan tentang segala-galanya malam tadi. Tentang aku, Syahril dan Ikhwan. Aku tidak dapat membahagiakan Ikhwan kerana hati dan cintaku hanya untuk Syahril. Biarlah Ikhwan merana sekarang daripada dia merana apabila mengetahui cintaku yang sebenarnya hanya untuk Syahril.
Ikhwan sampai lewat dua puluh minit. Aku agak terkejut melihat dirinya pagi itu. Agak kusut. Seolah-olah dia sedang menghadapi masalah yang cukup besar.
“Awak okey ker?”soalku apabila masuk ke dalam kereta.
“I’m okey”
“Pukul berapa dari Ipoh?”
“Enam,” jawabnya ringkas. Ikhwan tiba-tiba menekan brek apabila kereta di hadapan berhenti secara mengejut. Hampir aku terdorong ke depan.
Ikhwan menurunkan cermin keretanya. Dia nampak marah benar dengan pemandu kereta Satria itu.
“Woi, nak mati ker? Kalau tak reti bawak kereta jangan nak bawak kereta.”
Aku jadi takut tiba-tiba mendengar sergahan Ikhwan. Tidak pernah aku melihatnya semarah iu. Pemandu kereta satria itu sekadar memohon maaf. Jelas terbayang riak takut di wajah wanita muda itu.
“Banyak punya sorry.”
Kedengaran suara Ikhwan merungut. Aku yang berada di sebelahnya sekadar membisu. Keretanya mula bergerak. Cermin kereta dinaikkan kembali.
“Awak ada masalah ker?” soalku setelah agak lama mendiamkan diri.
“Sorry. Saya okey cuma ada masalah sikit dengan kerja. Kita breakfast dulu yer? saya laparlah.”
“Okeylah.”
Kami singgah makan di KL Sentral. Ikhwan tidak banyak bercakap. Sekadar bertanya khabarku. Selebihnya dia menikmati nasi lemaknya. Aku pula sekadar mengambil dua hiris kuih seri muka yang sememangnya kegemaranku.
“Kenapa pandang Hana macam tu?” tanyaku apabila menyedari Ikhwan asyik merenungku.
Pertanyaanku hanya di jawab dengan senyuman. Nasi lemak yang tinggal separuh itu di tolak ke tepi. Mungkin sudah kenyang.
“Tadi kata lapar. Kenapa tak habiskan?”
“Tak lalu nak makan. Tengok Hana terus saya kenyang”
Aku ketawa kecil mendengar usikannya. Namun dalam tawa itu aku memikirkan cara bagaimana harus aku beritahunya tentang keenganan aku meneruskan pertunangan kami.
“Saya nak pergi toilet kejap. Serabut sangat, tak sesuai keluar dengan si cantik Hana ni!”
Ikhwan bangun dan kemudiannya menghilang di sebalik pintu. Telefon bimbitku berbunyi menandakan ada mesej yang di terima.
Salam Hana. Sorry sayang, Syah tak dapat temankan Hana hujung minggu ni. Jangan marah ya! Hari Isnin nanti kita keluar,Syah ambil Hana kat office. Ok? I really miss you, my dear!
Aku membalas mesej Syahril menyatakan persetujuanku untuk keluar bersamanya Isnin nanti. Aku terlalu berharap aku punya kekuatan untuk berterus terang dengan Ikhwan tentang perasaan sebenarku.
“Jomlah”
Aku menyambut huluran tangan Ikhwan yang muncul dari arah belakangku. Sebuah senyuman kuhulurkan sekadar menutup rasa terkejutku.
Rambutnya sudah tersisir rapi. Malah Ikhwan telah menukar t-shirt yang dipakainya tadi. Nampak lebih kemas dengan kemeja lengan pendek warna hitam.
“Abang call Abah Hana petang semalam. Abah Hana cakap mak Hana dah tempah baju pengantin. Warna biru muda. Warna kegemaran Hanakan?”
Dalam rasa terkejut aku mengangguk. Begitu cepat emak membuat persiapan sedangkan aku tidak pernah menginginkannya. Bukan dengan Ikhwan.
“Abah cakap nak tempah kad tapi Abang tak bagi lagi. Lagipun hal-hal jemputan tu biarlah Abang uruskan. Bulan depan kita beli barang hantaran. Cari kat KL ajerlah”
Aku sekadar mendengar tentang perancangan Ikhwan. Dia nampak begitu gembira. Aku?! Sedih bukan kepalang andai semuanya terjadi. Namun cuba kusembunyikan. Belum masanya lagi untuk aku menceritakan segala-galanya kepada Ikhwan.
Kereta yang di pandu Ikhwan memasuki kawasan letak tempat kereta Pasar Seni.
Menurut Ikhwan dia ingin mencari sesuatu sebagai kenangan. Kenangan sebelum kami bergelar suami isteri.
“Kitakan tak sempat bercinta. Tak ada kenangan masa bercinta.”
Itulah jawapan Ikhwan bila aku bertanyakannya tentang kenangan yang di maksudkan.
Kami singgah di sebuah gerai menjual barangan perhiasan.
“Boleh Hana belikan Abang gelang ni?”
“Ish takkan awak nak pakai gelang macam ni?”
Ikhwan ketawa kecil. Disarungkan gelang yang aku sendiri tidak pasti diperbuat daripada apa. Mungkin diperbuat daripada kayu. Agak sesuai.
“Okeykan dik?”soal Ikhwan kepada gadis penjual bertudung litup itu.
Gadis itu hanya mengangguk dalam senyuman.
Aku mengikut kemahuan Ikhwan. Lagipun gelang itu bukannya mahal sangat. Masih mampu untuk aku beli.
“Thanks sayang. Hana tak nak beli apa-apa ker?”
“Tak. Awak nak apa-apa lagi ker?”
“Perli Abang nampak?!”
Aku ketawa. Tidak terniat untuk aku memerlinya. Ikhwan menarik tanganku menghampiri sebuah gerai melukis potret. Dia seperti terpegun melihat sebuah lukisan abstrak yang langsung tidakku fahami.
“Erm, kalau letak dalam bilik tidur kitakan cantik. Hana suka tak?”
Sedikit tersentak aku mendengar pertanyaan Ikhwan. Bilik tidur kita? Lirih aku mendengarnya. Impian Ikhwan, kemusnahan cintaku dan impian aku dan Syahril merupakan kemusnahan kepada Ikhwan. Ah, susahnya untuk aku membuat keputusan.
“Kenapa terkejut sangat ni? Takut ker tengok lukisan ni? Abang lagi suka kalau Hana takut. Erm, tiap-tiap malam asyik peluk Abang ajerlah!”
Ikhwan ketawa kecil. Sekali lagi aku terkejut mendengar kata-kata Ikhwan. Aku tahu Ikhwan bergurau tetapi gurauannya membuatkan hatiku menangis. Patutkah lelaki sebaik Ikhwan kukecewakan untuk kebahagiaan diriku sendiri.
“Erm, nanti kita datang sini. Abang berminat dengan lukisan-lukisan ni. Cantik sangat kalau letak dalam bilik. Jom.”
Ikhwan menarik tanganku supaya meninggalkan gerai itu. Aku hanya mengikut langkah Ikhwan. Pautan tangannya membuatkan aku sedikit tidak selesa namun kubiarkan. Takut untuk menegur.
“Kita naik trainlah pergi KLCC. Malas nak drive.”
Aku sekadar mengangguk. Dari Pasar Seni kami menaiki LRT Putra ke KLCC. Kesesakan penumpang di dalam tren menyebabkan aku terpaksa berhimpit dengan Ikhwan. Sementara aku kurang selesa dengan keadaan yang sesak ini. Keadaan agak lengang apabila tren sampai di stesen Kampung Baru. Ramai yang turun di situ. Aku menjarakkan sedikit tubuhku daripada Ikhwan. Lagipun malu dalam keadaan begitu. Ikhwan sekadar membisu. Dia termenung jauh, hanyut dalam dunianya sendiri. Sesekali aku mendengar dia mengeluh. Seperti ada sesuatu yang difikirkannya.
“Tak nak turun ker?”, soalku dalam nada bergurau.
Ikhwan terpinga-pinga sebelum Kakinya melangkah keluar dari gerabak. Nasib baik pintu belum tertutup.
“Termenung jauh nampak. Apa yang awak fikirkan?”.
Ikhwan sekadar tersenyum hambar. Ada sesuatu yang di sembunyikan dari pengetahuanku.
“Kita lunch dululah ya. Abang laparlah.”
“Erm, tulah tadi makan dok tengok orang mana tak cepat lapar.”
Gurauanku sekadar disambut senyuman hambar Ikhwan. Anginnya yang tadi baik bertukar seperti mula-mula dia mengambilku pagi tadi.
Sepanjang makan di restoran makanan segera itu aku menyedari Ikhwan asyik merenungku sehinggakan hidangan di hadapannya hanya terusik sedikit. Aku membiarkannya.
“Lah, kata tadi lapar. Kenapa tak habiskan ayam tu?”
“Lepas ni kita pergi tengok rumah okey?! Barang yang Hana pilih hari tu dah sampai. Abang dah suruh designer tolong lukiskan susun atur bilik tu. Ada dalam kereta. Nanti Hana tengoklah. Apa yang Hana rasa tak sesuai beritahu Abang”.
Aku mengangguk lemah. Impian Ikhwan terhadap rumah itu terlalu tinggi. Rumah yang di beli untuk aku dan dia. Sukar untuk aku memikirkan bagaimana penerimaan Ikhwan apabila aku menyuarakan keenganan aku untuk menjadi isterinya nanti.
Selepas makan Ikhwan mengajak aku ke sebuah butik pakaian pengantin. Katanya, majlis persandingan di pihaknya nanti kami akan memakai pakaian pengantin butik itu. Aku terpaksa menurut kata-kata Ikhwan yang mahu kami bergambar dalam pakaian pengantin. Sepanjang sesi itu, Ikhwan kelihatan gembira. Entah kenapa, aku sebak tiba-tiba. Cuba ku kawal agar air mataku tidak mengalir. Aku tidak ingin Ikhwan resah. Dalam pakaian pengantin tradisional itu, Ikhwan memang nampak segak benar. Mungkin kalau aku tidak mengetahui tentangnya aku akan menganggap Ikhwan sebaya denganku. Wajahnya yang sedikit keanak-anakkan itu tidak menampakkan dirinya yang sudah melangkaui usia tiga puluhan.
“You all berdua ni memang sesuailah. Macam pinang dibelah dua!” puji Azian ketika kami melihat gambar-gambar yang di ambil Azian di dalam komputer.
Ikhwan ketawa kecil. Aku pula terasa lemah mendengar pujian itu. Namun, untuk tidak menampakkan perubahan di hadapan Ikhwan aku sekadar tersenyum hambar.
Selepas itu kami kembali ke Pasar Seni. Dari situ, Ikhwan memabawa aku ke rumah yang telah dibelikan untuk kami. Sepanjang di dalam perjalanan ke Petaling Jaya, Ikhwan hanya membisu. Langsung tidak bersuara. Aku membiarkan sehinggalah kami tiba di rumah teres dua tingkat itu.
“Jom.”
7 comments:
aaaa..cedih nye...
nape feel cenggini...
hmm..susah nak pilih antara dua ni..
tp kan elok kut ikut pilihan mak ayah..dpt restu gitu..hahaha
so kiranya biarlah ikhwan tu jd pilihan si haha :)
nape la ngan Ikhwan tu..
jgn dia wat sesuatu yg x baik kat Hana sudah..
huiii... dilema!!
hohohoo...
kcian jg dorang ni....
tp ikhwan 2 mcm ada prblem la...
hmm...
best2x....
betul tuh! hana trima jer la ikhwan yg mmg betul2 suka n sygkan hana!
syahril sygkan hana gak tp klu kawen x dpt restu ibu n bapa pun susah gak kan?
cam ada masalah jer ikhwan tuh! jgn la apa2 terjd kt hana....
besarnya impian Ikhwan...mcm best ja klu ngn Ikhwan..hehe
Post a Comment