Monday, August 23, 2010

SAMRA, KAU MILIKKU - BAHAGIAN 8




“Sayang, petang nanti kita berbuka dengan Yasmin dan Ida ya?”
Samra yang sedang membelek deretan baju kurung pelbagai corak dan jenis itu terhenti pergerakannya. Jantungnya bergerak pantas. Serasa dia masih belum bersedia untuk hubungan mereka diketahui oleh keluarga Idham. Dia mahu berasa selesa terlebih dahulu bersama lelaki itu.
“Erm… kalau tak payah boleh tak?”
“Kenapa? Bukannya ada apa pun. I Cuma nak mereka tahu yang I dengan you. I tak nak lagi mereka buat kerja gila carikan I calon kekasih lagi. Boleh ya?”
Samra mengeluh. Walaupun pada pertemuan pertama antara dia dan kedua-dua adik Idham itu tidak ada sebarang masalah malah mereka amat ramah tetapi dapatkah mereka menerima dia sebagai pilihan abangnya? Entah kenapa dia sering merasakan setiap kali dia keluar bersama Idham ada mata yang memandang dengan pandangan yang kurang enak. Bagaikan mata itu memberitahu betapa dia tidak layak bersama Idham.
“Samra, lambat laun mereka akan tahu juga. I tahu apa yang you risaukan tapi semua tu tak akan menjadi. Adik-adik I bukan begitu kejam nak menghukum you.” Bisik Idham perlahan. Dia mampu menelah gelora perasaan yang ditanggung Samra.
“Lain kali boleh tak?”
“Apa yang you takutkan ni? Semuanya akan okey, I janji. Mereka mesti suka dan gembira dapat tahu berita ni. Then lepas tu nanti kita beritahu Mak Su ya?!”
“Ibu dan abah Am bila?”
“Lusa kita berbuka di rumah I. I akan kenalkan you kepada ibu dan abah.”
“Am, perkara ni bukan semudah yang Am sangka. Ibu dan Abah Am boleh terima ke janda macam ak.. macam saya ni?”
Idham tersenyum. Memang susah mahu membiasakan Samra dari terus membahasakan dirinya dengan panggilan ‘akak’. Selalu sangat dia memperbetulkan panggilan wanita itu.
“You pun manusia juga kan?! Tak kan semua janda atau balu tu tak layak untuk merasa bahagia semula?! Pasal keluarga I, you jangan risau. I yang risau dengan keluarga you ni! Sampai sekarang you masih langsung tak bercerita pasal mereka.”
“Am nak tahu ke?”
“Mestilah. I akan hantar rombongan raya nanti. I tak mahu nanti belum pun keluarga I buka mulut nak meminang you, ibu dan ayah you halau dengan penyapu!”
Samra ketawa kecil. Sejak dia menyatakan penerimaannya terhadap lamaran lelaki itu, Idham nampaknya sudah berlembut. Tidak lagi membebel yang bukan-bukan.
“Am betul-betul nak hantar rombongan meminang raya nanti ke? Tak boleh tunggu tahun depan ke?”
“Kenapa? Takut you tersalah buat pilihan?”
Samra menggeleng. Bukan itu yang bermain difikirannya. Seharusnya dia yang takut Idham tersalah membuat pilihan. Dia tiada apa-apa yang mahu dibangga-banggakan oleh Idham. Seorang wanita yang pernah berkahwin dan biasa-biasa sahaja.
“Dah habis fikir dah untuk memperisterikan saya?”
Idham mendengus. Diurut-urut dahinya. Tiga hari lepas wanita itu memberikan jawapan yang memang dinantikannya. Jawapan yang membuatkan dia menanam janji, wanita itu tidak akan disia-siakan walau apa pun terjadi. Pilihan yang dibuat tidak akan sesekali disesali. Wanita itu telah diberikan tempat istimewa di hatinya sejak dahulu lagi.
“InsyaALLAH, I mahukan you menjadi isteri I, ibu kepada anak-anak I dan menemani I sehingga ke akhir hayat. Tolong percayakan I untuk ini.”
“Yalah. Kalau tak percaya nanti ada orang tu akan buat gila lima hari lima malam pulak!”
“You sayangkan I kan?”
“Entah.”
“Buatlah macam tu. I cium you nanti!”
“Amboi, sesuka hati je nak cium orang! Eh, awak tu bukan suami saya tau!”
“I kata nanti. Nanti tu tunggu you jadi isteri I.”
Tidak semena-mena lengan Idham dicubit kuat oleh Samra menyebabkan lelaki itu mengaduh kesakitan. Beberapa orang wanita yang sedang asyik memilih baju kurung memandang pelik pasangan itu.
“Tau pun sakit! Sekarang ni dah tak suka membebel tapi suka memerli orang pulak!”
“Alah you ni, Yang…. I bergurau jerlah. Sejak bila pula you ni pandai mencubit?!”
“Tadi.” Selamba sahaja Samra menjawab sambil mencapai baju kurung bercorak bunga kecil berwarna biru dan di bawanya ke kaunter. Cepat-cepat Idham mengikutnya. Baju kurung ditangan Samra dicapai dan diletakkan kembali ke tempat asal. Dia mencapai baju kurung dari tempat yang sama Cuma lain warnanya. Baju kurung moden berwarna ungu itu dibawa ke kaunter dan diserahkan kepada juruwang.
“Am! Apa ni?!”
“ You banyak sangat baju biru. Jangan ingat I jarang kat office I tak tahu you selalu pakai baju warna apa.”
“Oh, selama ni Am ni mengintip saya?”
“Mana ada. I Cuma perhatikan.”
Selepas menjelaskan harga bayaran baju tersebut mereka bergerak pula ke tingkat atas pusat membeli-belah tersebut yang menempatkan taman permainan kanak-kanak. Ada beberapa buah bangku panjang yang diletakkan di situ.
So, sekarang you nak ceritakan apa pasal keluarga you?”
“Ingatkan dah lupa!”
“Mana boleh lupa. Sayang, I mahu tahu segala-galanya tentang keluarga you. I tak nak ada sesuatu yang akan menjarakkan kita.”
Samra lemparkan senyuman. Tidak tahu dari mana mahu mulakan. Wajah emak dan ayahnya bermain di ruang mata. Dia dibuang terus dari hidup mereka kerana orang lain yang lebih dipercayai. Dia merasakan seolah-olah Izwan berdiri dihadapannya dan ketawa kerana berjaya menghasut emak dan ayahnya.
“Samra, kalau  you rasa susah sangat nak cerita tak apalah. I tak mahu paksa tapi I nak you tahu yang I perlu tahu apa yang terjadi. Tak perlu banyak, sikit jadilah. Kalau tak hari ni, esok lusa pun boleh. Jom!”
“Am…”
“Ya sayang!”
Samra menarik nafas panjang. Kalau dia mahu hubungan antara dia dan Idham berjaya, lelaki itu mempunyai hak untuk tahu tentang kehidupan lampaunya. Paling penting dia mahu Idham mengetahui bahawa dia tidak mahu perkara itu berulang lagi. Dia tidak mahu Izwan wujud di dalam diri Idham.
“Samra sayangkan mak dan abahkan?” perlahan Idham bertanya selepas Samra habis bercerita. Tidak dapat Idham bayangkan sengsara yang selama ini ditanggung Samra. Patutlah dia jarang sekali melihat wanita itu tersenyum gembira. Kekadang wanita itu lebih senang menyendiri dan kalaupun dia tersenyum bagaikan senyuman itu terpaksa diukir demi menjaga hati orang lain.
Samra angguk. Air matanya di kesat dengan hujung lengan blouse lengan panjangnya. Mahu ketawa pun ada mendengar pertanyaan Idham bagaikan diaju kepada anak kecil. Masakan dia tidak sayangkan emak dan ayah sendiri sebab itu dia menahan diri dari pulang ke kampung. Dia tidak mahu emak dan ayahnya jatuh sakit kerana melihat dia.
“Kalau sayang, kena buat sesuatu. Ini you biarkan mereka macam tu. Entah-entah dah lama hati mereka tu lembut. Dah lama rindu pada you.”
“Entahlah Am. Bila adik-adik saya call, dorang tak cakap apa-apa. Cuma minggu lepas Masita call ajak balik beraya. Dia kata emak dan abah dah tahu macam mana perangai bekas menantu kesayangan mereka tu!”
“Dah tu baliklah! Kita balik sama-sama. Raya pertama keluarga I datang merisik. Raya ke tiga datang meminang. Raya ke lima kita kahwin!”
“Hah?! Gila apa!?”
Idham ketawa lepas. Kalau ikutkan hati, mahu sahaja dia menikah dengan Samra secepat mungkin. Mahu melepaskan rasa tidak selamat yang bersarang di dalam dirinya sejak Samra menerima jambangan bunga dan coklat dari lelaki misteri bernama I.M itu.
“Mana ada I gila. I Cuma nak mempercepatkan sesuatu yang dituntut.”
“Eleh, yalah sangat tu. Bukan takut pada si pemberi bunga dan coklat tu ke?”
“Sikitlah tapi I tahu you Cuma sayangkan I. Lelaki tu pengecut sebab berani hantar bunga dengan coklat jer. Macam I, cakap depan-depan. Tak payah membazir-bazir beli semua tu lepas tu nak karang ayat-ayat entah apa-apa!”
“Am ni tak romantik langsung lah! Beli bunga pun nak berkira.”
“Bukan berkira tapi you cuba bayangkan, beli bunga tak sampai dua minggu dah layu dan kering. Lepas tu buang! Kalau you rajin, frame kan cantik-cantik tak apa.”
“Alasan! Huh…”
“Yalah, untuk you nanti I belikan ros Sembilan puluh Sembilan kuntum. I nak tengok you nak buat apa dengan bunga tu!”
“Tak mahulah! Dahlah, jom… panas ni!”
“Kita berbuka dengan Ida dan Yasmin ya? I dah SMS beritahu tadi.”
“Pandai ya?! Belum cakap nak pergi, Am dah buat keputusan sendiri!”
“Mana taknya. Tunggu you tak juga nak beri keputusan. Dah, jom. Kata tadi nak ke IKEA.”

****
“Abang ada berita gembira nak beritahu kamu berdua ni!”
Yasmin dan Ida sudah pasang telinga. Sejak semalam abangnya memberitahu ada cerita mahu disampaikan tetapi sampai sekarang masih berteka-teki. Tadi, ketika melihat Idham datang bersama Samra, mereka tertanya-tanya. Inikah berita gembira yang mahu disampaikan oleh abang mereka itu?!
“Abang dengan kak Samra akan berkahwin.”
“Hah!! Biar betul?!”
Serentak kedua-dua adik beradik itu bersuara menyebabkan orang disekeliling meja mereka memerhati. Samra sudah berubah air muka. Reaksi Yasmin dan Ida yang terkejut itu bagaikan memberi tahu kepadanya bahawa mereka tidak sukakan apa yang baru mereka dengar.
“Betullah. Ingat main-main ke?! Kenapa yang kamu berdua terkejut ni?”
“Macam mana abang ngorat Kak Samra? Sampaikan Kak Samra terima abang? Macam cepat sangat jer!” Ida bersuara.
“Kamu ingat abang ni apa? Pakai mulutlah. Tak kan pakai kaki.”
“Abang ni bukan pengecut ker? Min tak percayalah. Betul ke kak?”
Samra angguk sahaja dengan senyuman yang cuba seboleh mungkin dipamirkan ikhlas. Dia rasa mahu menangis sebenarnya.
“Bunga ke? Coklat ke?”
“Tak mainlah semua tu. Membazir je idea kamu tu! Tengok, tak payah semua tu pun Kak Samra terima abang!”
Ida dan Yasmin saling berpandangan. Riak muka tidak berpuas hati nyata terpamir di wajah itu.
“Jadi bagi sini lima ratus ringgit!”
“Apa pulak ni? Buat apa abang nak bagi kamu lima ratus ringgit?!”
Berkerut-kerut muka Idham bila Yasmin menghulur tangan meminta duit daripadanya. Manakala Samra sudah bergenang air mata. Dia merasakan adik beradik itu sedang mempermainkannya. Idham dan adiknya bertaruh! Mahu melihat sejauh mana Idham mampu mencairkan hati wanitanya! Ya ALLAH!
“Kamu cakap cepat Min! Samra, you jangan fikir yang bukan-bukan. I tahu apa-apa pun ni!” Idham rasa sudah mulai cuak melihat Samra yang sudah mengalirkan air mata.
“Lah, kitaorang ni dah keluarkan duit beli bunga.. beli coklat… kalau tahu abang dah mulakan langkah dulu, taklah kami ni baik hati tolong abang!”
“Min.. Ida… apa maksud kamu berdua ni!?”
Adik-beradik itu tersengih-sengih. Melihat Samra yang sudah mula mengalirkan air mata, tidak sampai hati pula mereka untuk terus mengenakan abangnya. Lalu, Yasmin mulalah bercerita tentang rancangannya bersama Ida.
“Jadi korang berdua nilah yang hantar bunga dengan coklat tu?”
“Aah. Min sedar dari mula-mula buka puasa dengan Kak Samra lagi yang abang sukakan akak. Cara abang tu Min dah boleh tekalah! Sebab abang ni pengecut, Min dengan Kak Ida buatlah rancangan tolong abang. Ingatkan nak beritahu abang tentang hal tu tapi abang asyik sibuk je. Sampai kami terlupa. Min dah bagi duit kat kedai bunga tu sekali dengan tip kat mamat penghantar tu supaya tiap-tiap hari hantar bunga dengan coklat tu kat Kak Samra. I.M tu singkatan untuk Idham Mustafa tapi abang lagi advance. Jadinya sia-sia jer lah usaha kami. Duit poket Min pun lebur.”
“Akak jangan fikir bukan-bukanlah. Kami tak buat kerja bodoh lagi bahlul tu. So, disebabkan kejayaan abang memikat Kak Samra, buka puasa hari ini abang belanja plus sila pulangkan balik duit Min yang dah lebur tu!”
“Memang selalu kalau keluar makan bukan ke abang yang keluar duit? Sebab kamu berdua buat Kak Samra mengalirkan air mata, balik nanti lepas terawih, sila kemaskan bilik abang termasuk tandas. No excuse termasuk Ida!”’
“Alah bang, mastermind nya Min. Ida tukang tolong sikit-sikit jer! Kak, tolonglah kami ni… bilik abang tu kalau kemas, sepuluh hari sepuluh malam pun belum tentu kemas. Sampaikan bibik pun bising dan tak mahu kemas dah bilik dia!”
Samra hanya tersengih. Dia tidak tahu macam mana mahu berbual lagi. Dirinya masih belum pulih sepenuhnya dari memikirkan hal tadi. Lega rasanya bila mengetahui kebenaran itu.
“Hai, seronoknya adik beradik ni ya?! Kenapa aku call kau tak jawab?”
Kemunculan seorang lelaki yang tiba-tiba di meja mereka menyebabkan perbualan adik beradik itu terhenti. Samra turut memandang lelaki yang berdiri disebelah meja mereka. Tetiba jantungnya berdegup kencang. Dia menelan air liur apabila melihat lelaki yang sedang bercakap dengan Ida itu adalah lelaki yang amat dikenalinya.
“Iz….


___________

edisi meleret-leret. harap maaf =]

9 comments:

epy elina said...

waduh....
apa kaitan iz ngn kurga am....
alah...
jgn la dorg ada kaitan...
nnt samra x nak kawen ngn am....

itu_aku +_^ said...

AAAHHH...
sudah...
xkn la tu suami ida?
parahhh dowh!

Anonymous said...

lor..ape ke hal nye izwan ade situ laks....hoho pelz jgn la koco samra n idham......jgnle izwan hasut yg bukan2 psl samra kat idham

pe pon..i follow u missnera..........

Anonymous said...

argggggggh....'setan' dh mai dh...

sir said...

hoho...saya takut lak nk bc n3 lps ni..takot2 nnt idham x jd kawen samra kalo izwan tuh g fitnah bkn2 psl samra....YA ALLAH KAU LINDUNGILAH DARO HASUTAN2 MANUSIA KEJI...

Anonymous said...

haa..iz?? izwan ker???
xkan ida kawen gn izwan???
oohh..tidaaak, kesian samra.

aqilah said...

aduh............suspen ni.........biarlah am berpegang dgn kata2nya,....kesungguhan cintanya pd samra...............

hana_aniz said...

iz?

erkkk..

NY said...

adeh...
dh elok2 syok min n ida bongkar rahsia last2 suspens plak...
jgn la idham n samra terhalang lg...