Wednesday, December 1, 2010

DIA... FAKHRUL RAZI : BAB 7

Berkerut-kerut dahi Eryna Sufia memikirkan sikap Fakhrul Razi yang tetiba berubah. Sepanjang majlis makan malam berlangsung lelaki itu tidak pernah sekali pun menegurnya. Sedangkan meja mereka bersebelahan sahaja. Malah, dia hanya duduk membelakangkan lelaki itu sahaja.
Khidmat pesanan ringkas yang dihantar ke telefon genggam lelaki itu juga tidak berbalas. Begitu juga dengan panggilan telefon. Ketika mereka semua bertolak ke Pulau Pangkor menaiki bas, lelaki itu memberitahu akan memandu keretanya sendiri kerana dia punya urusan yang harus diselesaikan sebelum bertolak pergi.
Eryna Sufia benar-benar buntu. Sudahlah, ada pekerja yang membuat hal ketika mahu membuat persembahan sehingga dia kelam kabut. Persembahan yang sepatutnya bermula seawal pukul lapan setengah malam lewat lima belas minit. Mukanya sudah memerah kerana marah sehinggakan Robert yang bertindak sebagai orang yang bertanggungjawab mengatur perjalanan majlis malam itu menjadi mangsa amarahnya. Nasib baiklah lelaki itu tenang sahaja dan menyuruhnya berehat seketika. Lelaki itu dengan senang hati menghulur bantuan bagi memastikan keadaan terkawal.
Melihat kelibat Atikah yang masuk ke bilik terus sahaja Eryna Sufia berlari mendapatkan rakannya itu. Teringat dia akan janji Atikah beberapa hari lepas. Serasa tidak sabar pula dia mengatasi rasa marah dan hairannya.
“Mana kau pergi?”
“Ada hal tadi kejap. Awalnya kau masuk bilik. Ramai lagi kat bawah tu.”
Riak wajah Eryna Sufia tetiba berubah rona. Masam mencuka. Mulutnya sudah dimuncungkan. Serta merta wajah Fakhrul Razi bertandang di mata.
“Pinjam hand phone kau kejap!”
“Buat apa?”
“Adalah. Nanti aku bayarlah kat kau balik.”
Belum sempat Atikah berkata apa-apa, Eryna Sufia sudah mencapai telefon bimbit milik Atikah yang berada di tangan gadis itu. Didailnya nombor telefon Fakhrul Razi. Tidak sampai bunyi deringan ke tiga orang disebelah sana sudah menjawab. Terus rasa marah di dalam Eryna Sufia membuak-buak.
“Assalamualaikum.” Bergetar suaranya memberi salam. Orang di hujung talian diam seketika sebelum lambat-lambat menjawab salam.
“Kenapa tak balas message? Saya call pun tak jawab. Saya ada buat salah dengan awak ke?”
“Eh, tak adalah. Hand phone tak ada bateri. Sampai sini tadi baru sempat cas hand phone.”
“Saya hantar SMS tu dari pagi tadi. Malam tadi pun saya ada hantar.”
“Maaf tak perasan sebab hand phone kat bilik.”
“Dah tu naik bilik tak kan tak tengok hand phone?”
“Saya tertidur kat bawah. Pagi tu pulak bergegas ke rumah mak cik. Time tu hand phone dah habis bateri.
Eryna Sufia mendengus. Alasan demi alasan daripada lelaki itu bagaikan alasan yang tidak dapat diterima oleh Eryna Sufia. Sungguh dia merasakan lelaki itu sedang cuba untuk menjauhkan diri daripadanya.
“Eryna…”
“Erm..”
“Saya nak beritahu awak sesuatu ni. Maaf, patutnya perkara ni saya perlu beritahu awak awal-awal.”
“Apa dia?!”
“Saya sudah bertunang dan akan berkahwin.”
Eryna Sufia terdiam. Dia kaku. Nasib baik dia sedang duduk di atas katilnya. Kalau tidak mahu dia terduduk di lantai. Atikah yang melihat, buat-buat tidak nampak. Dia dapat mengagak apa yang disampaikan Fakhrul Razi. Pasti tentang apa yang diberitahu kepadanya sewaktu majlis makan malam tadi.
“Eryna…”
“Erm…”
“Awak dengar tak?”
“Dengar.” Bergetar suara Eryan Sufia lalu cepat-cepat dia menarik nafas panjang, mencari kekuatan untuk berlagak biasa dengan berita yang baru diterimanya.
“Saya minta maaf sebab tak beritahu awak.”
“Eh tak apalah. Saya tak kisah. Cuma kenapa sekarang awak nak beritahu saya?”
“Erm, entah. Tetiba nak beritahu awak. Mungkin sebab saya dan awak berkawan baik.”
Air mata yang mengalir dikesat dengan hujung jari-jemarinya. Ayat terakhir Fakhrul Razi itu benar-benar buat dia sedih. Selama ini Fakhrul Razi tidak pernah menganggapnya lebih daripada seorang kawan. Hanya dia yang tersilap membuat perkiraan tentang hati lelaki itu.
“Awak jangan risau saya okey je. Bila nak kenalkan si dia kepada saya?”
Jari-jemari tangan kirinya sudah mengenggam erat bucu katil. Mahu berlagak berita tenang tatkala Fakhrul Razi mendengar suaranya.
“InsyaALLAH tapi bukan dalam masa terdekat. Dia masih study, hujung tahun nanti baru balik Malaysia.”
“Ohhh… student rupanya. Fakhrul, nanti kita borak lagi, saya guna phone Atikah ni. Nanti mengamuk pulak minah tu nak telefon boy friend dia kredit tak ada.”
“Oh… ok. Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.”
Sebaik menjawab salam, terus Eryna Sufia mematikan panggilan. Dia menghampiri Atikah yang pura-pura menghadap komputer ribanya. Menghulur telefon bimbit gadis itu tanpa sebarang bicara. Terus selepas telefon bimbit itu bersambut, Eryna Sufia melangkah keluar. Saat ini dia perlukan sedikit ketenangan. Dia tidak mahu menangis.
“Kau kenapa Ryn?”
Soal Atikah yang mengekorinya ke beranda. Walaupun dia tahu perkara apa yang diperkatakan oleh Eryna Sufia di telefon bersama Fakhrul Razi tetapi dia mahu Eryna Sufia memberitahunya.
“Fakhrul dah bertunang.” Tenang sahaja jawapan yang keluar dari mulut Eryna Sufia. Ada ketawa kecil dihujung bicaranya, membuatkan Atikah berkerut dahi.
“Kenapa kau gelak?”
“Tak ada apa-apa. Dah nasib aku kot, selalu sangat tersalah suka orang.”
Atikah merapati Eryna Sufia. Dirangkul bahu gadis itu. Di benaknya puas memikir ayat terbaik untuk memujuk temannya itu.
“Tak apa. Ada hikmahnya apa yang terjadi. Kau kena percaya tu.”
“Ya… Ada hikmahnya…” Perlahan sahaja suara itu kedengaran. Ada senyuman di bibir gadis itu tetapi Atikah faham benar. Ia sekadar cuba menutup gelojak di dalam hati gadis itu!

5 comments:

Strawberi Comei said...

tetibe rase nk lempang fahkrul..haruskah??mmm
(terlalu emosional lak saya)

huwarrgghhh..sedihnyerrr..
eryna sbar yerr..
tp instict sya dpat rasakan yg fakhrul sukekan eryna..
mgkin ade sesuatu yg mybbkan fakhrul berkate demikian...wahhh!!!
mau lg :)

epy elina said...

yer..
mst ada hkmh 2...
lgpun kumbg bkn seekor...

hana_aniz said...

kecewanya.. sob sob. sian eryna..

MaY_LiN said...

alahai~
cian nye eryna

aqilah said...

why fakhrul,.....why?????????????
how could u!!!!!!!!!!!!!!!!