Thursday, December 2, 2010

DIA... FAKHRUL RAZI : BAB 8

Balik sahaja dari Pulau Pangkor terus sahaja Eryna Sufia mohon cuti. Semasa di pulau itu dia begitu mencuba berlagak tenang dan masih menegur Fakhrul Razi. Sedaya upaya dia untuk tidak mempamirkan riak kecewa. Pengakhirannya dia menangis semahu-mahunya di bilik.
Sebaik sahaja sampai ke  Kuala Lumpur, Eryna Sufia meminta Atikah menghantarnya ke stesen bas. Kalut Atikah dengan rancangan tergesa-gesa gadis itu bila Eryna Sufia memberitahu dia mahu ke Cameron Highland. Mahu mencari ketenangan katanya.
“Kau dah sampai nanti beritahu aku! Apa-apa hal beritahu aku!”
Berkali-kali Atikah mengingatkan Eryna Sufia setelah cubaannya memujuk gadis itu membatalkan hasratnya gagal. Tidak pernah Eryna Sufia berperangai begitu. Nekad sekali membawa diri.
Apa2 hal bgtau aku. Jangan senyap je! Kalau aku call nanti jawab.
Pesanan ringkas itu dititip oleh Atikah sebaik sahaja susuk tubuh Eryna Sufia menghilang ke dalam perut bas. Risau benar dia dengan temannya yang sedang terluka hatinya.
Ok.. kau jangan risau.
***
Cameron Highland.
Permandangan berbukit bukau yang menghijau di hadapan matanya bagaikan langsung tidak menggamit hatinya. Kosong sahaja. Semalam, dalam perjalanan ke Cameron Highland dia menghubungi Badariah, teman sekolejnya yang berkerja di Hotel Equaturial meminta pertolongan wanita itu untuk menempah sebuah bilik untuknya. Nasib baiklah wanita itu masih menggunakan nombor yang sama.
Bagaikan memahami temannya yang dirundung masalah, Badariah membiarkan sahaja temannya itu bersendirian. Walaupun jarang sekali berhubung malah ketika di kolej mereka tidaklah serapat mana, Badariah begitu memahami Eryna Sufia.  Selalunya bila ditimpa masalah, Eryna Sufia lebih suka bersendirian. Jangan sesiapa menganggunya. Bila gadis itu sudah tenang dan mula bercakap waktu itu barulah boleh bertanya apa sahaja.
“Jauh kau menung. Aku panggil tadi tak menyahut pun!”
Eryna Sufia senyum sahaja. Badariah dengan senang hati menawarkan diri untuk menemani Eryna Sufia hari itu. Di bawa sekali anaknya yang berusia tiga tahun.
“Anak kau?”
“Aah. Satu-satunya anak bujang aku setakat ni. Abang, salam auntie.
Malu-malu anak kecil itu menghulur tangan. Sebaik tangan Eryna Sufia disalamnya, terus dia menyorok di belakang Badariah. Gelagatnya mengundang senyuman di bibir Eryna Sufia.
“Siapa namanya?”
“Fakhrul Iman.”
Rona wajah Eryna Sufia berubah tetiba. Pangkal nama si kecil itu mengingatkan dia kepada Fakhrul Razi. Lelaki yang telah membuatkan hatinya terpaut dan lelaki yang bukan miliknya. Lelaki itu milik seorang gadis yang cukup bertuah.
“Panggil apa?”
Cepat-cepat dibuang rasa sebak dan sedih yang mula cuba menerobos masuk ke dalam diri. Hadirnya ke sini atas dasar mahu melupakan segalanya walaupun ia payah dan sukar. Mana mungkin perasaan yang sudah sekian lama bertapak mampu hilang dalam sehari.
“Selalu panggil Abang je. Saudara mara suka panggil Iman.”
“Comel anak kau. Macam kau juga.”
“Terima kasih. Kau dah breakfast belum?”
“Belum.”
“Kalau macam tu kita breakfast dulu. Sambil tu bolehlah kita bercerita macam-macam.”
Eryna Sufia tidak membantah walaupun dia merasakan perutnya tidak lapar. Selera makannya rasanya sudah mati. Sejak semalam dia tidak menjamah apa-apa, sekadar meneguk air mineral sahaja.
Mereka bersarapan di Coffee Shop yang terletak di dalam hotel penginapan Eryna Sufia. Gadis itu sekadar memilih beef bacon & cheese sandwich. Manakala, Badariah memilih tuna zucchini.
“Kau macam mana sekarang? Tetiba call aku nak datang sini. Berapa lama kau tak contact aku?!”
“Aku okey je. Memang aku nak datang sini pun. Esok aku cuti. Badan aku ni letih sangat kerja time cuti. Nasib baik aku call kau, kau masih guna nombor lama.”
“Tau tak pe! Alah, kalau tak ada, kau datang jer cari aku kat sini. Kalau aku tak ada, kau cakap jer dengan budak receptionist tu. Senang bangat deh!”
“Segan aku macam tu. Nak minta tolong kau baru nampak muka.”
“Alah macam tak biasa. Kita memang dari dulu macam ni kan?!”
“Erm… kau macam mana pulak sekarang? Bila nak tambah orang baru?”
“Nak tambah macam mana kalau aku ke kanan dia ke kiri.”
“Maksud kau?”
“Aku dengan Shidi dah bercerai.”
“Hah?!”
Eryna Sufia menelan air liur. Di kolej dulu pasangan Badariah dan Rashidi sering dicemburui oleh pasangan lain. Sikap Rashidi yang begitu mengambil berat dan sentiasa memanjakan Badariah. Rashidi anak orang kaya yang sentiasa merendah diri.
“Dah dekat enam bulan kami bercerai.”
“Ya ALLAH, kenapa?” soal Eryna Sufia. Badariah tenang sahaja. Tidak sedikit pun riak wajahnya menampakkan riak sedih dengan apa yang berlaku.
“Susah nak cakap Ryn. Aku tak tahu mana silapnya aku tapi apa yang aku tahu ada orang yang tak senang hari tengok aku dengan Shidi bahagia. Sampai dimomokkan keluarga Shidi dengan cerita bukan-bukan tentang aku. Keluarga mertua aku terus percaya sebab perempuan tu kononnya dari keluarga baik-baik. Siapa tak percaya dengan kata-kata orang yang belajar agama tinggi-tinggi, Ryn! Berbanding aku ni belajar agama setakat sekolah rendah jer.”
“Masya-ALLAH. Habis tu tak kan Shidi percaya?”
“Dia lebih percayakan perempuan berlagak alim tu daripada aku. Dia kata buat apa perempuan tu nak tuduh aku bukan-bukan. Aku senang jer Ryn, kalau dia dah tak percaya kat aku… lepaskan aku jer.  Tak payah susah-susah nak bergaduh tetiap hari. Lagipun keluarga dia memang nak sangat kami bercerai. Siap telefon aku maki hamun bagai. Paling buat aku mengamuk bila adik-beradik aku dorang kaitkan sekali. Dorang kata aku sama je dengan kakak aku. Suka menyundal. Abang aku pun kena sekali. Aku tak kisah kalau dorang  nak maki hamun aku tapi jangan libatkan adik beradik aku!”
Kali ini baru kedengaran suara Badariah yang bergetar menahan sebak. Kepalanya menunduk dan jari-jemarinya menguis isi tuna yang berada di atas pinggan.
“Maafkan aku. Aku tak tahu sampai macam ni sekali hidup kau.”
“Tak apa. Aku gembira sekarang. Iman dengan aku. Aku tetap bersyukur, Shidi masih menjalankan tanggungjawab sebagai ayah.”
Cepat sahaja bibir itu mengukir senyuman. Kata orang senyuman itu ubat. Itulah pegangan Badariah walaupun kadang kala dia merasakan senyumannya palsu semata-mata.
Life kau pulak macam mana Ryn? Dah lama aku tak dengar cerita pasal kau.”
“Aku? Macam ni lah. Single and available lagi.”
“Eh tak kanlah tak ada orang yang nak? Kau kan cantik ke kau yang cerewet sangat memilih?”
Gelak kecil mereka berpadu. Badariah kerana tidak mahu temannya itu menganggap kata-katanya satu sindiran. Eryna Sufia pula kerana merasakan kata-kata Badariah itu tidak benar. Dia bukan seorang yang cerewet. Cuma dia perlukan lelaki yang boleh menjadi suami bukan sekadar kekasih. Lelaki yang buat dia merasakan cukup selamat bersamanya dan lelaki itu telah dia temui Cuma dia milik gadis lain.
Bunyi telefon bimbit Badariah mematikan gelak ke dua-dua teman itu. Badariah memberi isyarat untuk menjawab panggilan tersebut. Eryna Sufia angguk sahaja.
Seketika kemudian, Badariah kembali menyimpan telefon bimbitnya ke dalam beg tangan. Dahinya berkerut memikirkan sesuatu.
“Kenapa Bad?”
“Tak ada apa-apa. Pelik sikit. Abang aku nak datang bermalam kat sini. Bila aku tanya kenapa, tak mau pulak jawab. Ada masalah lah tu tak nak beritahu aku. Sama jugak macam kau!”
“Aku?”
“Kaulah. Sama je. Tengok muka kau semalam pun aku dah tahu kau ada masalah tapi macam biasalah kau tak akan cerita.”
“Ye ke?”
“Yalah tapi tak apa. Aku faham sangat. Nanti kau cerita juga kan?!”
Eryna Sufia senyum sahaja. Tidak berjanji apa-apa. Wajah Fakhrul Razi singgah lagi di ruang mata. Seperti semalam, senyuman lelaki itu menganggu lenanya. Ah, parah begini! Sudah terbalik pulak!

 ------------
psssst: oleh kerana bos tak masuk dua hari ni laju lah DFR diupdate. Sebenarnya ada versi lain yang nak MN 'usulkan' untuk DFR tetapi oleh kerana DFR sekadar mini novel, jadinya MN terpaksa singkatkan cerita dan tukar versi. harap kalian terhibur +

5 comments:

pipvz devil said...

adakah bad ni adik fakhrul razi?..

Anonymous said...

msti abg bad 2 fakhrul razi kn? hehehehe

dandelion kiss said...

yang, mu asik nak wat mini je.
sekeh jugak kang! buat lah maxi lak...
grr! cubit!

aqilah said...

aahkan!!!!!!!!!!!!apapun, akak follow............

MaY_LiN said...

teng teng teng..
sungguh saspen..