Friday, May 27, 2011

PADA DETIK ITU... : BAB 27

Nat, ikutkan aku ni dh malas nak jwb soalan kau tu.
Jwpn ada pada kau! Terima ajalah! Jangan fikir benda
 yang bukan2. aku tanya kau ni, kau sayangkan dia kan?
tunggu apa lagi?kau nak tunggu sampai dia kena rampas
 dengan perempuan lain?masa tu bru kau nak sedar
 prasaan kau pada dia? Apa kau nak takut sgt psl hal kau
 tu anak OA. OA tak layak hdup bahagia ke? X boleh
nak dapat suami yang berharta macam Idlan tu?  
Hina sangat ke? C’mon Nat, kita skrg bkn mcm dulu.
Tak ada pelajaran, kejer pun cikai je. Masa dulu
 mmg dorang smua boleh gelakkan kita. Sekrg
 kita pun bersaing. Tanya diri kau Nat, kau
 mahu melupakan perasaan kau kat Idlan kerana
 hal remeh temeh mcm ni?Ni last aku layan soalan2 kau tu.
 Lepas ni aku nak dengar kau emel aku yang kau terima Idlan tu.
 Kalau kau tanya lagi soalan2 tu mmg jangan harap aku nak reply!
TANYA DIRI KAU NATRAH! KLU KAU ADA RASA YG SAMA MACAM DIA RASA TERIMA AJE! AKU SANGGUP BALIK M’SIA KALAU KAU KAWEN! INGAT TU!

Natrah mengeluh membaca emel yang diterima daripada Sarida. Gadis itu sekarang berada di Arab Saudi, bekerja di sana. Ayat yang bertulisan besar itu dibacanya berkali-kali. Berkali-kali itu juga dia mengeluh.
Kelmarin, soalan Idlan dibiarkan tanpa jawapan walaupun lelaki itu mendesaknya beberapa kali. Akhirnya, mungkin kerana bosan bertanya tetapi tiada jawapan Idlan membisu sepanjang perjalanan. Takut juga Natrah kalau datang lagi angin merajuk puting beliung Idlan itu.
“Awak fikirlah selama mana awak mahu fikir, Natrah. Tapi saya nak awak tahu saya tak tipu tentang perasaan saya terhadap awak dan saya nak awak tahu tiga tahun ini bukan sesuatu yang mudah untuk saya. Saya sudah fikir semasak-masaknya. Saya tak mahu kehilangan awak kepada sesiapa pun. Saya tak nafikan saya boleh cari perempuan yang seratus kali lebih cantik dan menarik daripada awak tapi hati saya… perasaan saya ni… tak ada untuk mereka. Saya tak tahu nak beritahu awak sebab apa saya cintakan awak tapi saya amat yakin perasaan saya ni adalah cinta. Bukan setakat suka!”
Bila berbicara soal itu mendadak Idlan menjadi lelaki yang serius. Natrah nampak itu. Hatinya meronta-ronta untuk menyatakan mengakui perasaannya terhadap lelaki itu tetapi mulutnya bagaikan tidak memberikan kerjasama. Terkunci rapat!
Kuntuman bunga ros merah yang diterimanya pagi tadi daripada Idlan dipandang dengan penuh rasa keliru. Heboh satu wad sampaikan ke meja penyambut tetamu dan bahagian farmasi bila jambangan bunga ros merah itu sampai kepadanya. Balik tadi, Annita dan Rohaya dari bahagian farmasi menegurnya. Menyatakan betapa bertuah dia mendapat jambangan bunga ros merah itu. Segan pula Natrah bila semua mata memandangnya bila mana dia membawa pulang ros merah itu.



Sayang,
Saya cintakan awak!
I love you!
Ye sayang hak jie, Natrah!
Ur Mr Right – Idlan.

Kad kecil bertulisan tangan itu dicapai dan di bacanya. Dia tersenyum sendiri. Perasaannya berbunga-bunga saat pertama kali membaca kad itu.
Terima saja Natrah!
Telefon bimbit yang berada di hadapannya dicapai dan nama Idlan terus dicari. Hatinya berdegup kencang. Serasa tidak teratur. Sesak!
Baru sahaja panggilan disambungkan Natrah mematikan panggilan. Dia benar-benar gelabah. Dia bangun dari duduknya. Menghayun langkah ke tingkat bawah- ke dapur. Dia membuka peti ais. Kaku dia berada dihadapan peti ais yang sudah kurang barang-barangnya. Botol minuman yogurt berjenama Nestle itu dicapainya dan diteguk perlahan. Baru sahaja dia membongkokkan badan untuk mencapai buah epal yang baru di belinya di pasar malam Ahad lepas telefon bimbit yang diletakkan di atas peti air bergetar kuat.
Sebaik sahaja skrin telefon diperhati, degupan jantungnya laju sahaja berdegup. Nama Idlan tertera di skrin. Hampir habis lagu yang dijadikan lagu untuk panggilan telefonnya berbunyi barulah dia menekan butang jawab.
“lagu untuk panggilan telefonnya berbunyi barulah dia menekan butang jawab.
Yes, my dear?! Miss me?”
Kedengaran orang di sebelah sana ketawa perlahan. Natrah tersenyum walaupun degup jantungnya masih tidak teratur.
“Senyap pulak dia? Hello….”
“Erm….”
“Itu je? Saya kat meeting room ni. Cepat beritahu saya kenapa awak call tadi? Tak sempat saya angkat dah putuskan panggilan.”
“Nantilah saya call encik balik… maaf ya kacau meeting.
“Abang! Bukan encik!”
“Yalah… nanti saya telefon balik.”
“Sekarang sayang. Awak buat saya berdebar ni! Baik awak beritahu saya sebelum saya batalkan meeting ni sebab awak!”
Ceh! Apa punya ugutanlah!
“Nanti saya telefon ab..bang semula.”
“Natrah?!”
“Ye.”
Natrah sudah tersenyum sendiri. Kalau Idlan berada di hadapannya sekarang mahu sahaja ditutup mukanya dengan apa sahaja yang ada. Rasa malu menebal!
“Saya tak tersilap dengarkan?”
Suara Idlan sudah kedengaran begitu teruja. Sudah tidak berbisik-bisik seperti tadi.
“Yalah.”
Yes! Sekejap ye sayang… saya call balik dalam dua minit.”
“Kenapa?”
“Sekejaplah. Saya nak tangguhkan meeting. Two minutes, okay!”
Panggilan dimatikan. Natrah hanya menggelengkan kepala. Serasa bersalah pula kerana cuba menghubungi lelaki itu di waktu pejabat. Tak pasal-pasal lelaki itu menangguhkan mesyuaratnya!
“Saya ambil awak kejap lagi. Setengah jam.”
Beritahu Idlan sebaik sahaja panggilannya dijawab. Belum sempat Natrah bersuara Idlan memutuskan semula panggilan.
Tak sampai setengah jam kereta Idlan sudah berada di hadapan rumah Natrah. Sebaik sahaja nampak Natrah keluar dari rumah, senyuman gembira sudah terukir di bibir lelaki itu.
“Awak tahu… saya rasa macam nak je peluk-peluk awak sekarang!”
“Mengada! Yang orang tak suka itulah yang dia nak buat!”
“Sebab tu saya rasa saya ni dah wajib kahwin. Hahaha…”
Natrah mencebik. Dia berdiri jauh sedikit daripada Idlan. Lelaki itu bukan boleh percaya sangat. Nanti kalau betul-betul lelaki itu memeluknya tak ke haru!
“Jadi dengan panggilan tadi tu… awak bersetuju kan nak jadi isteri saya?”
“Siapa kata?”
Natrah sudah pamer muka serius. Berpura-pura sebenarnya!
“Alah saya tahulah… saya tahu awak malu nak cakap. Tak apa. Saya faham bahasa isyarat awak tu.. hehehe…”
“Mana ada bahasa isyarat.”
“Dia ni kan! Nanti saya cium marahkan saya… tapi saje buat tak faham!”
“Tak ada benda lain ke nak fikir?! Gatal betul!”
“Hahaha… Awak juga penyebabnya kan!? Dah jom naik kereta.”
“Nak pergi mana?”
“Jumpa ibu. Saya nak suruh ibu dan daddy jumpa mak awak dan minta supaya kita kahwin cepat-cepat!”
“Hah?!”
“Kahwin cepat-cepat lagi bagus. Bolehlah saya peluk cium awak tanpa kena marah!”
“Encik ni kan…”
“Abang! Ish.. tadi baru sebut…”
Eleh, dok ajar orang panggil dia abang tapi diri sendiri dok bersaya awak! Entah apa-apa.



No comments: