Monday, September 5, 2011

AKHIR KATA HATI :1



Akhir Kata Hati ini adalah dari blog satu lagi yang telah CN tutup. Malas pulak nak buka banyak-banyak blog. Mungkin ramai yang dah baca cerita ni dan dah lama juga CN tak menyambungnya.  ^_^
InsyaALLAH, CN akan sambung cerita ini secara bergiliran dengan BA1P. Untuk BA1P, idea CN sedang bercuti raya. Harap Maaf ye teman-temanku.

***


7.15 Petang.
Hentian Bas.
Aku belek jam di pergelangan tangan diperhati untuk kali ke sepuluh rasanya. Telefon bimbit aku yang menunggu masa nak mati itu juga aku perhatikan skrinnya. Gila lambat bas ni! Atau aku yang terlambat? Budak-budak yang selalu menunggu bas tu pun tak ada! Arggggggghhhhh, sah aku dah tertinggal bas!
Aku toleh ke kiri. Duduk sebaris denganku tetapi lain bangku adalah tiga orang lelaki Indonesia yang turut menunggu bas. Mereka bising berbual sesama mereka. Aku langsung tidak terganggu dengan mereka. Mereka itu tentu menunggu bas yang sama nombornya dengan aku tetapi lain destinasinya. Almaklumlah kawasan ini hanya ada satu bas bernombor 86 sahaja yang ‘sudi’ melaluinya. Sama ada ke One Utama atau Metro Prima destinasinya. Mahu tahu sama ada bas itu ke mana lihat sahaja penumpang yang berada di dalam bas itu. Kalau ramai maksudnya bas itu akan menuju ke Metro Prima dan sebaliknya kalau bas itu lengang sahaja. Tiga tahun berulang alik dengan menaiki bas aku sudah masak dengan aturan itu.
Perut aku ini pula sudah mula merengek-rengek manja. Inilah akibatnya kalau berangan nak berdiet sampai malas mahu makan tengah hari. Setakat jamah kuih karipap pagi tadi semata. Itupun sebiji sahaja!
Dalam keadaan aku ‘berdondang-sayang’ dengan diri sendiri pandangan aku tertancap ke arah sesusuk tubuh lelaki di seberang jalan. Dah macam tajuk novel Bahruddin Bekri yang bertajuk Kita Hanya di seberang Jalan pulak! Hahahaha!
Aku perhati lelaki itu yang sudah melintas ke tengah jalan. Wajah itu macam pernah aku lihat sahaja! Tetapi di mana ya? Bila matanya bertemu mataku terus aku rasa mahu menjerit di situ. Nasib baiklah aku masih waras. Nanti ada pulak yang kata aku kena rasuk senja-senja begini.
Ya ALLAH, muka dia sebiji muka si Ricky Kim. Muka campuran korea dan orang putih! Ke aku yang salah tengok ni sebab mata dah kelabu sebab dok menelek jam dari tadi?
Lelaki itu sudah menyeberang jalan. Sudah pun mengambil tempat di sebelah aku. Aku tahu dia bukan sengaja nak duduk sebelah aku tetapi sebab bangku lain dah penuh. Aku pura-pura buat endah tak endah sahaja. Mengeluarkan telefon bimbit dan menelek satu persatu nama yang terdapat di dalam senarai panggilanku.
Aku tersenyum sendiri bila muncul nama Juliana dan Adilla, teman tempat aku bercerita.

Hensem mamat sebelah ni. Macam Ricky Kim.

SMS itu terus aku hantar kepada dua teman itu. Tak sampai seminit satu SMS memasuki telefon bimbitku, daripada Adilla.

Sape Ricky kim?

Apa punya kawan! Kata layan cerita Korea, Ricky Kim pun tak kenal! Erm… aku pun kenal dia masa tengok KBS World je. Tertengok sebenarnya. Hahaha….

Alah pelakon korea tuh.
Aku balas dengan yakinnya sedangkan aku tak tahu walau satu pun cerita yang dilakonkan oleh lelaki kacukan itu. Yang aku tahu dia kacukan sebab dok mencari kat internet.

X kenal. Ekau ngoratlah. :p

Gila apa?! Sesuka hati nak suruh aku mengorat! Dah lah tak kenal langsung. Lagipun terpikat ke dia dengan aku yang selebet habis ni? Tengok pakaian dia pun aku dah dapat agak kalau tak anak orang kaya mesti dia ni kerja besar. Duduk pulak kat kondo depan tu! Sewa je pun dah dekat dua ribu.
Dalam aku sibuk berperang dengan diri sendiri sebelum membalas pesanan ringkas Adilla perutku berbunyi dengan ‘nada’ yang cukup membuatkan aku tergamam dan terpaku. Rasanya mukaku sudah memerah.
Seketika kemudian aku pandang ke sebelahku. Lelaki itu memandangku dan senyuman yang terukir di bibirnya membuatkan aku rasa mahu terjun sahaja ke dalam longkang besar di belakang tempat menunggu bas ini. Mesti dia dengar perut aku yang bukan merengek dah tadi tapi sampai tahap mengamuk ribut taufan dah!
You lapar ke?”
Aku telan air liur. Mahu menidakkan atau mengiyakan? Aduh, malunya aku! Kenapalah dia duduk di sini? Kenapa dia tidak berdiri sahaja tadi!? Yang perut ini pun satu, nak mengamuk pun tunggulah aku sampai ke tempat yang ada makanan dulu. Nak makan pizza pun boleh sekejap lagi.
Lelaki itu hulur sesuatu kepadaku. Aku pandang tanpa menyambutnya. Biskut mini yang selalu aku belek setiap kali keluar membeli barangan.
“Ambillah. Kalau tak cukup, I ada banyak lagi.”
Lelaki itu tunjukkan pula bungkusan plastik yang mempunyai satu lagi plastik berwarna coklat dan bergambar biskut mini tersebut. Tetiba aku rasakan lelaki itu tidak ikhlas, sekadar mahu mengenakan aku sahaja.
“Ambillah. I ikhlas ni…”
Ceh, lelaki ni macam tahu je apa yang aku fikirkan! Ada kuasa telepati ke? Dalam tak nak itu aku capai juga biskut itu.
“Makanlah.”
Dah macam mengajar anak pula dia menyuruh aku makan dan aku pulak ikut sahaja. Membuka bungkusan biskut itu perlahan-lahan.
“Bas memang selalu lambat ke?”
Eh dia ni… baru tunggu tak sampai sepuluh minit dah merungut. Tengok aku ni… dah dekat sejam menunggu tau! Dekat sejam bunyi bas pun aku tak dengar melainkan bunyi lori yang keluar masuk.
“I memang tak pernah naik bas… hari ni baru teringin nak naik bas.”
Gila berlagak lelaki ni! Tak macam Ricky Kim betul. Huh! Ni mesti sebab dia nak naik bas, bas cepat jer datang tadi.
“Selalu naik apa?”
Aku sekadar mahu berbahasa sambil mengunyah biskut pemberiannya. Terasa sungguh nikmat bila sampai ke tekak!
“Kereta. Kereta pulak masuk bengkel.”
“Naiklah teksi.”
“Mahal.”
“Erk?!”
Bunyi hon kereta Honda CRV berwarna hitam metallic yang baru sahaja berhenti itu mematikan cakap-cakap dalam kepalaku berkenaan lelaki ala-ala Ricky Kim itu. Cermin kereta diturunkan dan aku nampak seorang lelaki berambut karat sedang memandang si Ricky Kim di sebelahku ini.
Si Ricky Kim pun bercakap dengan lelaki yang berada di dalam kereta itu. Langsung aku tak faham bahasa apa yang mereka gunakan. Tak sampai seminit lelaki di sebelahku sudah bangun dan menghampiri kereta tersebut.
“Nak tumpang?” Soalnya kepadaku. Laju sahaja aku menggeleng. Yalah mana boleh sesuka hati mahu tumpang orang. Aku bukan kenal dia pun. Selama tiga tahun bekerja di sini tak pernah aku nampak dia. Nanti tak ke mencari nahas kalau dia buat sesuatu!
Are you sure? I think …”
Belum pun habis dia bercakap, bas yang aku tunggu pun dengan lajunya melintasi jalan di sebelah sana. Destinasinya tentu One Utama, tempat tujuanku. Terus aku tunjukkan kepadanya bas tersebut.
“Okey. You ambillah biskut tu, tak cukup tadi satu je. Jangan biarkan perut tu masuk angin. Nanti rasanya bunyi gunung berapi pulak perut awak tu!”
Celaka punya lelaki! Sempat nak kenakan aku ya?! Siap ketawa-ketawa lagi. Yang kawannya berambut karat itu ikut tersengih.
“Tak apalah. Terima kasih.”
“Ambillah. Saya beli tadi pun sebab tak ada duit kecik nak bayar tambang. Anggap je saya sedekat kat awak.”
Banyaklah kau punya sedekah! Tak ingin aku dengan sedekah kau tu! Huh! Sedekah duit ringgit nak jugak aku! Ini biskut harga tak sampai lima ringgit ni yang dia nak sedekah.
“Rezeki jangan ditolak. Assalamualaikum.”
Lelaki itu terus memasuki keretanya dan kawan rambut karatnya itu terus memandu kereta dan meninggalkan kawasan hentian bas. Aku pandang tiga orang lelaki Indonesia yang turut memandangku itu. Mereka sengih sahaja.
“Nak?” soalku. Mereka bertiga terus menggeleng dalam sengihan panjang. Hendak atau tidak terpaksalah aku mengambilnya dengan seribu rasa geram dan sakit hati.

*****

Singgah di One Utama disebabkan memakan biskut wafer yang diberikan lelaki itu tidak mengenyangkan aku. Terbayang-bayang double cheese burger dan milo ais besar dari Mc Donald. Laju sahaja langkahku ke arah restoran makanan segera terkenal itu.
Sebaik memesan dan membayar harga set double cheese burger dan tambahan milo ais besar itu aku mencari tempat yang di bahagian luar. Boleh cuci-cuci mata! Baru sahaja aku mahu menggigit burger kelibat si Ricky Kim kelihatan. Seronok benar dia di samping si cantik manis ala-ala model kulit pucat yang selalu kelihatan di kaca televisyen. Memang padanlah mereka berdua. Tangan si Ricky Kim tu melingkar erat di pinggang si cantik manis itu. Aku geleng-gelengkan kepala tetapi sekejap sahaja. Aku tersedar betapa tak baiknya aku membuat penilaian. Aku tidak kenal si Ricky Kim itu Islam atau tidak. Kalau bukan Islam, lantak dialah nak berpeluk sakan pun! Eh, bukan dia beri salam ke tadi?!
Mungkin menyedari aku sedang memerhati lelaki itu memandang ke arahku. Cepat-cepat aku mengalih pandangan. Tak kuasa aku untuk terus bertentang mata dengan lelaki itu. Makanan yang menunggu masa untuk dimasukkan ke dalam mulut itu aku gigit dan kunyah perlahan-lahan. Kalau keseorangan ketika sedang makan begini mataku memang asyik meliar sahaja. Pandang itu, pandang ini. Pandang orang itu, pandang orang ini. Untuk mengelakkan dari bertentang mata dengan si mamat tu, aku keluarkan buku bertajuk ‘Dari Penjara Taliban Menuju Iman’ dari beg sandangku. Buku yang menceritakan bagaimana pengalaman seorang wartawan tekenal British yang juga seorang pejuang fahaman feminisme bernama Yvonne Ridley memeluk Islam. Buku travelog yang sudah tiga atau empat kali aku ulang baca.
“Hi…”
Aku dongak bila kedengaran suara itu betul-betul di hadapanku. Terus mimik mukaku berubah seratus peratus. Serasanyalah! Mimik muka tidak suka aku pamerkan.
“Patutlah perut awak berbunyi macam lori terbalik rupanya mengidam nak makan McD!”
Sesuka hati dia jer kata perut aku bunyi macma lori terbalik! ‘Hebat’ sungguh hiperbola yang si lelaki ala-ala Ricky Kim ini. Temannya di sebelah hanya tersengih dengan muka getik nak mampus! Dah macam dalam drama atau filem pulak aku rasakan. Yalah, bila si pakwe menegur perempuan lain si makwe tayang muka getik semacam. Macamlah aku ni kelapaq sangat buah hati pengarang jantung dia ni!
“Okeylah… bon appétit…  Jangan biarkan selalu perut tu kosong.”
Lelaki itu terus berlalu dengan senyuman mengejek yang panjang. Aku rasa mamat ni sengaja nak bagi keayuan dan kelembutan gadis Melayu aku ini menipis dengan caci maki. Huh!

No comments: