Monday, September 5, 2011

AKHIR KATA HATI : 3


AKH 1 ---> KLIK SINI
AKH 2 ---> KLIK SINI


Genap dua bulan aku mengenali si Yusuf Imran jejaka punya persona lagak Ricky Kim yang tidak pernah tidak gagal mengukir sebuah senyuman. Jejaka yang acap kali penuh dengan kata-kata yang boleh buatkan darahku mendidih. Aku tidak boleh sedikit pun lari daripadanya. Sedikit pun tidak!
Dia mendekati aku bukan kerana terpikat dengan aku. Ketawa aku sendirian bila memikirkan selama ini aku perasan seorang diri kerana dekatnya dia kepadaku hanya kerana aku seperti arwah adiknya, Adam Idzlan. Katanya, aku punya iras seperti Adam Idzlan. Bila aku menelek diri sendiri, aku tertanya-tanya bagaimana seorang yang wajahnya seperti Yusuf Imran punya adik seperti aku yang wajahnya sebiji Melayu tulen ini.
“Kami dari ayah yang sama tetapi berlainan ibu.”
Itu jawapannya bila aku menggasaknya dengan pertanyaan yang sama berkali-kali. Waktu itu aku diajak menemaninya ke KLCC. Mahu mencari baju katanya.  Aku hanya mampu mencebik sahajalah. Orang berduit tempat nak membeli-belah pun bukan main lagi dan kerana aku menemani dia ke KLCC hari itulah, mukaku tebal berinci-inci. Entah perempuan mana tetiba datang menyerang ketika kami sedang menikmati makan tengah hari di medan selera yang terdapat di situ. Kalau aku tahu aku akan dimalukan sebegitu memang aku akan pakai mekap tebal berinci-inci macam opera Cina!
“Patutlah I ajak you keluar.. you banyak bagi alasan rupanya you keluar dengan perempuan macam ni!?  Come on lah Im… I ingat high class sangat… rupanya perempuan kampong macam ni taste you!? Hey, I ni hundred time better than this woman lah!”
Walaupun dalam keadaan malu diperhatikan oleh orang yang berpusu-pusu berada di situ aku mahu ketawa tetapi aku tahan sahaja. Mana tidaknya perempuan yang nampak berpendidikan dan bergaji besar ini sudahlah tidak cukup kain pakaiannya malah bangga diri pulak! Mana dia tahu yang dia seratus kali lebih baik daripada aku? Bahasa Inggeris pun kedengaran terlalu Melayu bagiku. Tak sedar diri yang mukanya itu muka Melayu tulen yang sah asal-usulnya dari kampong.
And you must remember Im, you tu kalau bukan sebab I yang belikan you barang-barang mewah ni you tak merasalah nak jadi up to date sangat!”
Perempuan berbaju tali halus itu langsung tak memperdulikan mata-mata yang memandang. Kawan-kawannya yang dua orang itu sudah tarik-tarik tangannya supaya berlalu. Yusof Imran sudah mencerlung mukanya. Merah muka putih bersihnya. Saat itu aku benar-benar mengharap ada pak guard  yang tarik perempuan meroyan itu supaya menjauh dari kami yang tengah kelaparan. Belum sempat menjamah makanan sudah terpaksa menjamah kata-kata perempuan naik angin itu!
Hey perempuan! Mind your words… you ingat I nak sangat ke duit you? Ada I paksa you belikan I semua tu? Tak pernah kaninstead you yang terhegeh-hegeh nak sangat belikan I semua tu! Kalau you nak sangat barang yang you panggil hadiah tu balik… I boleh bagi. You ingat I ni miskin sangat ke sampai tak ada duit nak beli semua tu sendiri?!”
Suara Yusuf Imran juga ikut meninggi. Aku yang duduk disebelahnya ini pun dah rasa semacam sahaja. Bukan seorang dua yang menjadi pemerhati. Satu aras medan selera ni kot! Aku tahu ada di antara pemerhati tu mesti cakap bukan-bukan pasal aku!
“Jom sayang kita berambus dari sini.”
Tak semena-menanya aku yang sedang duduk itu ditariknya supaya bangun. Sudahlah dia memanggil aku begitu lenganku pulak sakit kerana cengkamannya yang kuat itu.
You mahu barang you kan?”
Langkah Yusuf Imran terhenti dan aku ikut terhenti secara mengejut. Aku memandang Yusuf Imran dengan lagak tertanya-tanya. Mataku membulat saat jejaka itu menanggalkan butang kemejanya! Waduh, biar betul jejaka ini masakan depan-depan khalayak mahu berbogel kot! Ish… entah-entah sekajap lagi seluar itupun ditanggalkan!
“Awak jangan nak buat gila, Yusof!” Aku bersuara begitu perlahan. Aku sendiri merasakan suara aku bagaikan antara keluar dan tidak sahaja.
“Apa pulak?”
Cendol punya jejaka! Aku pulak yang kena tengking. Gilak!
Rupanya lelaki yang tetiba bertukar macam singa itu memakai t-shirt di dalamnya. Fuh semangat!
Sebaik sahaja baju tu ditanggalkan terus sahaja melayang. Tapi tak jauh manapun. Beberapa ela daripada tempat kami berdiri sahaja. Memang tidak handal punya lelaki!
Ingatkan setakat itu sahaja, belumpun sempat aku menoleh kembali ke arah Yusof Imran aku melihat objek bewarna hitam melayang dan tepat mendarat di hadapan perempuan yang jelas riak wajahnya memerah. Menahan marah atau menahan malu tidak dapat aku pastikan! Rupanya yang dibaling jejaka itu adalah telefon bimbit entah apa jenamanya. Berkecai telefon bimbit itu!
Tanganku ditarik sekali lagi selepas itu. Menonong aku mengikut langkah jejaka itu dengan berpuluh-puluh pasang mata yang menjadi pemerhati. Taubat aku tak nak jejak kaki ke sini lagi!
Kami menaiki lif dan seperti tadi tangan aku masih di genggam kuat oleh Yusof Imran. Kuat dan erat itu memberi definisi yang berbeza kepadaku sekarang ini. Sakit usah cakaplah tapi mulut aku ni bagaikan terkunci untuk bersuara takut nanti aku kena hambur dengan suara tinggi setinggi bangunan KLCC, malu beb!
“Kita pergi Maxis sekejap.”
Suara itu mengendur, tidak seperti tadi tetapi ringkas dan aku masih tidak berani bertanya lebih lanjut. Tangan aku dilepaskan. Lega! Namun, sakitnya masih berbisa. Semacam tak sabar aku saat itu mahu melihat kesan lebam yang terhasil!
Hampir setengah jam kami di bangunan Maxis yang terletak diluar KLCC. Sunyi sepi antara kami berdua sepanjang waktu itu. Sebaik urusan di Maxis habis terus jejaka itu menghantar aku pulang. Bisu dan sunyi. Radio pun haram berbunyi.
Ucapan terima kasih yang aku ucapkan ketika keretanya berhenti di hadapan rumah flatku tidak bersambut. Membuatkan aku garu kepala yang langsung tidak gatal melainkan sarat dengan persoalan-persoalan. Sebaik sahaja tubuhku berada di luar keretanya dan pintu kereta aku tutup terus mendesup kereta itu berlalu.
Sehari. Dua hari. Tiga hari. Empat hari. Langsung tiada panggilan daripada jejaka berbulu mata lentik kalah bulu mata aku ini. SMS pun tiada. Terserempak dia di mana-manapun tidak. Maihan sibuk bertanya. Jawapan daripada aku senang sahaja. Angkat bahu. Tayang muka tak tahu. Kalau nak suruh aku yang hubungi dia jangan haraplah!
Hari ini dah hari ke lima. Aku yang begitu asyik mengunyah roti canai di kedai mamak kesukaanku tergamam beberapa ketika bila seorang lelaki tak diundang mengambil tempat di hadapanku. Hilang seratus peratus riak wajah lima hari lalu. Ya, dengan senyuman yang diukir yang mampu mencairkan hati perempuan dia duduk sambil meletakkan sebungkus plastik yang jelas tertera Jaya Grocer di atas meja. Shopping barang dapur ker?
“Lama tak nampak!?”
“Erk?”
Aku rasa patut kena luku mamat keturunan Melayu-Turki ni! Tapi aku tahan sabar tambahan pula bila pekerja restoran seragam hitam biru itu menghampiri untuk mengambil pesanan daripada Yusof Imran.
“I minta-maaf pasal hal hari tu. Mesti you takutkan?”
Aku mencebik saat kedengaran dia ketawa halus.
“Tiga empat hari ni I busy sikit. Ada Fashion Week di Jakarta. You macam mana? Okey? Rindu I tak?”
 “Kenapa pulak saya nak rindukan awak?”
Pertanyaan dibalas pertanyaan sambil mataku memerhati Yusof Imran yang sedang menyisip rokok ke pinggir bibirnya. Aku tertanya sendiri bagaimana bibirnya merah sahaja sedangkan dia seorang perokok!
“Manalah I tahu! Ramai orang rindukan I selama I tak ada ni.”
But not I okay!?”
Dia ketawa halus lagi. Aduhai, ketawa yang secara otomatik dia tersenyum itu jelas menampakkan lekuk di kedua-dua pipinya atau dalam bahasa yang paling tepat lesung pipitnya!
“Yalah tu. You free tak this weekend?”
Dahiku berkerut.
“Kenapa?”
Family I  ada buat makan-makan malam Ahad nanti. It’s my pleasure kalau you dapat join sekali.”
“Saya bukan family awaklah. Buat apa nak pergi?!”
“Tapi I dah beritahu granny I.”
“Hah?! Gila apa? Saya tak cakap apa-apapun! Dah tu awak baru je tanya saya.”
Granny I  dulu rapat dengan Adam. Sejak Adam pergi granny tak pernah happy. Bila I tunjuk gambar you pada dia semalam terus berseri-seri. Dia yang suruh I bawa you datang rumah.”
“Awak ni kan! Suka hati jantung pisang awak jer nak tunjuk-tunjuk gambar saya kat orang!”
Hehehee… simpulan bahasa baru ye? Tapi tolonglah ya?! Ini je cara saya nak rapat dengan granny… please!”
Kenapa? Selama ni awak tak rapat dengan dia ke?”
“Tak sebab I bukan cucu kesayangan dan kebanggaan dia.”
Wajah itu berubah sedikit tetapi senyuman tetap tersungging di hujung bibirnya. Dia menunduk dan berpura-pura bermain dengan bibir gelas minumannya. Melihat itu aku jadi serba salah untuk menolak. Ya, aku tahu itu kelemahan paling besar aku! Pantang orang buat muka kesian macam si Ricky Kim sekarang ni cepat sahaja mengundang simpati berguni-guniku!
“Yalah!”
Ceh, cepat juga riak wajah itu berubah. Girang bukan kepalang. Tersengih lebar! Nasib baik comel kalau tak macam kerang busuk!

2 comments:

hana_aniz said...

hehe.. best la missnera!! sambung cepat2 tau! sy x baca lg citer ni.

blinkalltheday said...

wahh,best2..sambung lagi cik nera..