Monday, August 17, 2009

Rahsia Rindu 5

Sebaik sahaja usai solat Isya’, kedengaran suara orang sedang bersembang di anjung rumah. Bila diteliti, aku pasti tentunya Faris yang datang berkunjung. Aku jadi rimas tiba-tiba. Lelaki ini bagai cuba menakluk kembali hati dan perasaanku setelah tiga tahun dahulu cintanya kutolak ke tepi dengan alasan aku sudah punyai Haizal dan Faris masih belajar. Sekarang tentu sahaja dia tahu aku kembali keseorangan.
“Dah siap pun. Abang Faris datang tu. Mak ajak makan sekali.”
Aku tidak menjawab Cuma langkahku sahaja menghampiri Nadia. Ikutkan hati malas rasanya untuk bersua dengan lelaki itu. Tetapi memikirkan perutku yang sudah lama kelaparan dan sebagai tanda menghormati emak dan abah kugagahkan diri untuk keluar.
“Assalamualaikum,” sapa Faris. Aku memandang ke arahnya dan satu senyuman yang agak ikhlas kupamirkan beserta jawab salamnya tadi. Nadia sengaja duduk di sebelah emak dan membiarkan aku duduk disebelah Faris. Pandai punya adik! Gerutuku di dalam hati.
“Hah, duduklah. Takkan nak makan berdiri pulak!” tegur abah memerli.
“Yerlah, Ira duduklah ni. Abah ni!”
Faris ketawa kecil melihat gelagatku menarik kerusi beserta muka masam mencuka. Abah memang suka menegurku begitu. Suka sangatlah memalukan aku di hadapan menantu pilihannya.
“Makanlah Faris. Mak cik ingat tak ada sesiapa nak datang tadi. Itulah panaskan lauk tengah hari tadi ajer. Inilah yang tinggalnya.”
“Tak apalah, mak cik. Ini pun dah cukup.”
Makan malam itu diselang selikan dengan suara abah, emak dan Faris. Sesekali Nadia mencelah. Aku sekadar mendengar, malas untuk bersuara. Dulu abah juga cakap waktu makan tak boleh bercakap. Sekarang berubah pulak.
“Kenapa diam jer tadi? Awak marahkan saya ya?”
“Waktu makan tak boleh bercakap,” jawabku ringkas sambil menyusun kembali pinggan mangkuk yang baru ku basuh ke rak.
“Yerlah tu! Erm, boleh tak saya minta tolong Maira?”
Terhenti pergerakanku saat terdengar Faris membahasakanku dengan nama itu. Entah semacam ada satu perasaan aneh meresap ke dalam hatiku saat diriku dipanggil degan nama itu.
“Apa dia?” tanyaku, cuba bersikap selamba walaupun debaran di dalam hati tidak surut.
“Bagi saya sedikit ruang di dalam hati awak. Tak banyak. Sikit ajer dan saya janji saya akan bahagiakan awak.”
“Faris, awak tahukan saya tak boleh. Tak boleh terima awak lebih dari seorang kawan. Saya selesa berkawan dengan awak. Kawan. Bukan sebagai kekasih atau suami!” tegasku sedikit geram. Sengaja aku tekankan perkataan kawan itu supaya Faris memahami.
“Tapi bagi saya, saya mahukan awak sebagai kekasih dan isteri saya. Saya tak nak hanya jadi kawan awak. Please Maira!”
“Lepaskan tangan saya, Faris. Nanti mak dan abah saya nampak, apa pulak diaorang cakap.”
Aku cuba menarik tanganku yang berada di dalam cengkaman Faris. Sakitku rasakan bila jari-jemari kasarnya menyentap tanganku. Lelaki ini sudah melampau! Aku kata aku tak naklah! Getusku.
“Biarlah, mak dan abah awak tahu perasaan saya terhadap awak. Cuma awak yang tak nak faham atau awak sengaja buat tak faham, Maira!? Apa lagi awak nak saya buktikan saya cintakan awak. Saya cintakan awak sepenuh hati. Saya akan bahagiakan awak dan saya tak akan sakiti hati awak seperti Haizal. Saya janji dan bersumpah, Maira.”
Saat itu tubuhku dan Faris hanya dipisahkan dengan kedua-dua belah lenganku. Mata kami beradu. Dari mata itu aku sedar Faris ikhlas menyintai dan ikhlas juga ingin memilikiku. Ah, tapi hati dan perasaanku tidak boleh dipaksa untuk menyintainya.
“Bagi Ris peluang ya, sayang!?”
Aku menelan air liur mendengar suara Faris yang cukup pelahan menampan telingaku. Di tambah pula dia sudah membahasakan dirinya dengan nama sahaja. Tiada ‘saya’ lagi.
“Lepaskan saya, Faris. Nanti saya menjerit awak juga yang malu.”
“Jeritlah. Saya malu tak apa tapi rasanya awak lagi malu nanti.”
Faris mengeratkan pelukannya apabila menyedari aku cuba meloloskan diriku. Cukup membuatkan nafasnya dan nafasku bersatu. Saat itu, aku berharap emak akan masuk ke dapur. Biarlah malu sekejap! Tentu mak tidak akan membenarkan Faris menyentuhku begini.
“Awak tahu Maira, sejak pertama kali saya nampak awak, saya yakin awaklah yang tercipta untuk saya.” Faris semakin berani menyentuhku. Jari-jemarinya bermain dimukaku. Aku cuba meloloskan diri bila hanya tangan kiri Faris merangkul tubuhku. Namun, aku tetap gagal sebaliknya Faris semakin mengeratkan rangkulannya. Tubuhku ditolak pelahan ke dinding.
“Saya tak akan lepaskan awak selagi awak tak cakap yang awak akan beri saya peluang dan ruang di dalam hati awak.”
“Faris, don’t be ridicilius. Lepaskan saya. Awak ni macam budak-budaklah!”
“Saya sayang dan cintakan awak. I want to be your husband. It not ridicilious to me. I just want to marry you and make lover with you. Is that ridicilious my dear!?”
Kali ini aku terjerit kecil bila bibir Faris singgah dipipiku. Faris sudah melampau. Dia ingat aku ni apa!? Suka hati dia jer nak cium aku! Makin aku biarkan makin menjadi-jadi perangai gatalnya! Nama jer cikgu tapi perangai….!
“Faris, lepaskan saya. Jangan buat saya macam ni dan jangan sampai saya tak hormatkan awak lagi. Lepaskan saya, Faris.” Pintaku sedikit sebak. Sekasar-kasar Mukhris pun dia tidak pernah menyentuh aku begini! Ah, Mukhris bukan sukakan dan cintakan aku pun! Memanglah dia tak berperangai macam lelaki dihadapanku ni! Hatiku berdolak-dalik. Dalam keadaan begini muncul nama Mukhris.
Pelahan-lahan tubuhku Faris lepaskan. Sempat dia membawa tanganku ke mulutnya. Dikucupnya lagi.
“I’m sorry. I really don’t mean it! Jangan menangis, sayang! I’m so sorry.”
Faris menarik tubuhku kembali ke dalam dakapannya. Ubun kepalaku dikucupnya berkali-kali.
“Jangan menangis, sayang. Maira, saya cuma nak awak bagi saya satu peluang untuk bahagiakan awak seperti mana awak pernah rasa bahagia bersama Haizal. Bagi saya satu peluang ya, Maira?”
Faris melepaskan tubuhku. Dipegang daguku supaya menghadapnya. Dalam air mata yang masih bergenang di tubir mataku, aku menggangguk. Entahlah, apa kuasa yang membuatkan aku menggangguk. Apa salahnya aku memberi Faris peluang dan memberi diriku sendiri peluang untuk menerima Faris. Mudah-mudahan aku akan temui cahaya kebahagian bersamanya.
“Thanks, Maira. Anggukan awak dah jadi penawar untuk saya. Kalau ditakdirkan esok saya tak ada, saya tetap akan pergi dengan gembira.”
“Apa maksud awak? Mengarutlah!”
“Hidup dan mati kita ni bukan hak kita, sayang. Hak ALLAH. Erm, dahlah lap air mata tu. Nanti mak dan abah awak tengok diorang cakap saya buli anak diorang pulak. Terus reject jadi calon menantu favourite.”Faris ketawa kecil dengan kata-katanya sendiri. Dihulurkan sapu tangannya kepadaku.
“Thanks.” Aku hulurkan kembali sapu tangan itu kepadanya.
“Erm, tak naklah. Dah basah dengan air mata awak, nak bagi saya balik. Awak ambil dan simpan buat kenangan ya? Dah jom, lama-lama duduk berdua kat dapur ni lain pula jadinya.”
Faris menarik tanganku supaya mengikut langkahnya ke depan. Entah kenapa, wajah Mukhris singgah lagi di layar fikiranku. Ah!!
“Thanks, Maira.” Bisikan pelahan Faris dekat dengan telingaku mengundang senyuman di bibir emak dan abah. Nadia tersenyum nakal.
“Saya balik dulu, mak cik, pak cik. Terima kasih jemput makan tadi. Sedap mak cik masak.”
“Erm, alah abang Faris ni dah naik menyampah dah Nadia dengar abang puji emak masak. Kalau nak ambil hati emak mertua pun jangan sampai telur dadar pun kata sedap!” selamba Nadia memerli.
“Telur dadar emak Nadia masak speciallah. Nak tunggu telur dadar Nadia kempunan abang.”
“Sudahlah, Ris. Kalau kamu dok berlawan cakap dengan Nadia tu sampai esok pun tak habis.”
“Yerlah, pak cik. Erm, assalamualaikum.”
Faris menyalami emak dan abah. Seketika kemudian, motosikalnya hilang di sebalik kelam malam. Aku tersenyum sendiri memikirkan apa yang berlaku tadi. Pandangan emak dan abah yang semacam mengerti aku biarkan. Lantas langkah gembiraku atur ke dalam bilik.
Andai benar telah ditentukan jodohku dengan Faris, aku berharap ia akan berpanjangan. Janji Faris bagaikan bersatu dengan hatiku. Ya, mulai hari ini aku akan berikan ruang untuk cinta Faris bernafas di dalam diriku.
Mukhris, aku terpaksa melupakanmu walaupun kita tidak sempat merencanakan cinta. Aku tidak mahu hanyut di alam ciptaanku sendiri sedangkan kau tidak pernah mengimpikan aku. Sekarang aku punya Faris yang harus aku dahulukan. Cinta terhadap kau hanya akan aku anggap hanya permainan perasaanku. Tunas cinta itu biarlah mati.

2 comments:

Maryam Kamal said...

*ridiculous.

Tindakan Faris menjatuhkan kredibiliti seorg cekgu. cekgu mana wt cmtuh..!

hati2 kak nera!

MissNera said...

salam maryam..

pertamanya wujudnya watak faris sebagai seorang guru tidak pernah terlintas utk menjatuhkan kredibiliti seorang guru.

secara dasarnya, manusia itu tidak sempurna. yang bergelar guru juga.
pada pandangan akak dan pemerhatiaan akak seorang yang kita hormati bergelar guru itu ada sisi kurang sempurnanya.
lihat sahaja apa yang berlaku pada segelintir insan bergelar guru. tetapi akak tidak berniat menambahkan sesi negatif seorang guru melalui faris.
di sini andai ada guru2 yang membacanya dan menganggap watak faris ini seakan negatif sya pohon maaf

utk maryam

terima kasih atas komen kamu.. :D
insyaALLAH dilain karya akak akn cuba bersikap mengkaji sedalamnya watak2.