Tengah hari itu, aku singgah di Desa Rasa. Sikap membisu Mukhris semalam mengundang perasaan kurang enak padaku. Sampai sahaja ke restoran masakan melayu itu, aku diberitahu Mukhris mengambil cuti kecemasan. Bila aku menghubunginya, telefon bimbitnya dimatikan. Apalah kecemasan yang dihadapinya sehinggakan telefon bimbitnya dimatikan. Aku kembali ke pejabat dengan seribu satu pertanyaan.
Mukhris menutup telefon sehingga ke malam. Entah berapa puluh kali aku mendail nombornya tetapi yang menjawab adalah operator telefon. Kerisauan aku terhadap Mukhris membuatkan aku membohongi Faris. Menyatakan aku kepenatan untuk berbual dan bersms dengannya. Alasan aku itu diterima Faris tanpa banyak soal. Rasa bersalah aku terhadap Faris.
Apasal you kol I? You sorg je dah 20 missed call. Ada benda penting ke?
Akhirnya ketika hampir sahaja aku terlelap aku menerima sms daripada Mukhris. Aku tersenyum menerima sms itu walaupun pesanannya itu kelihatan sedikit kasar.
Xadalah. You smlm tetiba wat hal. I gi DS, budak you bgtau you EL. I call, hp off. You buat I risau.
Smsnya aku balas. Tanpa selindung aku meluahkan kerisauan yang bersarang. Serasanya bukan sesuatu yang salah aku risaukan Mukhris.
Sori k. I ada hal. Tp dh settle dh. You risau mcm bini I lar pulak. Dr you risaukan I baik you risaukan bf you.
Aku mencebik membaca sms yang dibalasnya. Mukhris dah mula kembali kepada sikapnya yang dulu. Sikapnya yang suka mengenakan aku. Malam tu sehingga hampir pukul dua pagi kami bersms. Aku ceritakan berkenaan dengan Faris kepadanya. Itupun dengan berat hati setelah Mukhris mendesak. Aku tidak tahu perasaan Mukhris ketika itu dan entah kenapa aku ingin sangat reaksi wajahnya.
You jgn kecewakn dia, Ira. Mcm yg you ceritakn td, dia ptt dpt seluruh cinta you. I bkn nak you bezakn dia dgn Haizal. But trust me, you akn bahgia dgn Faris.
Sms itu entah kenapa membuatkan aku rasa kecewa. Rasa kecewa kerana keyakinan Mukhris aku akan bahagia bersama Faris?! Patutkah aku rasa kecewa sedangkan dia mendoakan kebahagiaan aku.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------.
Hujung minggu itu aku menerima kunjungan Faris tanpa pengetahuanku. Oleh kerana, aku sudah berjanji untuk makan tengah hari bersama Mukhris dan Syafikah, aku mengajak sekali Faris ikut serta.
Mulanya aku diberitahu Haizal tidak dapat mengikut serta. Namun, bila aku sampai sahaja ke Desa Rasa bersama Faris wajah itu yang mula-mula aku nampak. Tanpa sepalit pun senyuman dia memandang aku tajam. Semacam aku melakukan kesilapan. Aku tidak ambil peduli dengan pandangannya. Lantas menyambut huluran tangan Syafikah dan Mukhris tika aku menghampiri meja mereka. Syafikah dengan senyuman nakalnya sambil menjeling Faris disebelahku. Pandangan mengusik sebenarnya. Mukhris? Senyuman tetap mekar dibibirnya. Malah disuakan tangannya kepada Faris. Tanpa teragak-agak Faris menyambut salam lelaki itu. Kemudian, Faris menyalami Haizal. Nasib baik huluran tangan Faris bersambut.
“Aku kenalkan ini Faris. Faris, ini saya kenalkan Ika, Mukhris dan Haizal.”
Mereka bertukar senyuman. Aku mengambil tempat disebelah Syafikah dan Faris duduk bersebelahan dengan Mukhris. Seketika kemudian, muncul Nathan membawa buku menu.
“Hari ni I belanja. Makan sebanyak mana yang korang mahu. Faris, jangan malu-malu.”
Sempat Mukhris mengusik Faris. Aku tersengih bila Mukhris memandangku. Mungkin Mukhris sengaja menduga akan sikap Faris. Nyata Syafikah silap selama ini. Langsung tiada riak cemburu yang terkesan di wajah Mukhris. Melainkan aku nampak riak cemburu di wajah suami kesayangannya. Ah, lantak kaulah Zal!
Oleh kerana Mukhris sudah memberi kesempatan untuk makan apa sahaja, penuh meja kami tengah hari itu dengan pelbagai aneka makanan. Sambil makan kami berborak. Aku lihat Faris selesa berbual dengan Mukhris. Haizal sahaja yang membisu seribu bahasa. Sesekali sahaja mencelah itupun bila ditegur isterinya.
“Handsome juga Haizal tu ya? Patutlah dulu Maira jatuh hati dengan dia!” Faris memecah kesunyian bila kami sama-sama membisu ketika meninggalkan Desa Rasa. Aku mengerut dahi sambil memandang Faris. Lelaki itu tersenyum sambil tangannya spontan mengelus lembut pipiku.
“Ada pula ke situ. Saya bercinta dengan dia dulu bukan sebab dia tu handsome ke tak!” balasku. Pura-pura marah sedangkan hatiku sedikit terkesan dengan perbuatannya tadi. Serasa sayu dan terharu.
“Ris tahu sebab apa. Jannah selalu beritahu Ris apa yang Maira nampak pada Haizal tu. Dulu Ris memang cemburu sangat tapi sekarang Ris betul-betul bahagia sebab Maira akan jadi milik Ris satu hari nanti.”
Aku mencebik mendengar kata-kata Faris. Sengaja mahu membuat Faris marah bila aku mempersendakan dirinya.
“Buatlah muncung macam tu. Nanti Ris ikat kat pokok rambutan kat rumah tu. Biar bengkak kena gigit kerengga.” Faris ketawa kecil. Kata-katanya membuatkan cepat sahaja tanganku menampar kuat bahunya. Bertambah kuat gelak Faris. Nasib baiklah berada di dalam kereta. Kalau tak buat malu jer! Getusku.
“Sakitlah, sayang! Erm, Mukhris tu tak ada awek ke?” Pertanyaan Faris kali ini membuatkan aku terdiam. Entah aku sendiri tidak pasti perasaan apakah yang aku alami kini.
“Sayang, Ris tanya ni. Kenapa diam tiba-tiba?”
“Er... er… manalah saya tau. Tak pernah pulak dia bawak awek dia. Alah lelaki macam dia tu, otak dok fikir pasal bisnes je!” akhirnya lancar juga aku bersuara.
“Ris tengok dia tu ok jugak. Macam pernah tengok tapi lupa kat mana. Tadi sebelum balik dia ada cakap dengan Ris sesuatu.”
Kata-kata Faris terhenti di situ. Mungkin sengaja mahu melihat reaksiku. Aku pura-pura tidak bereaksi dengan kata-katanya. Aku menoleh memandang Faris. Lelaki itu tersenyum manis.
“Mukhris minta pada Riz supaya jaga Maira baik-baik. Dia kata Maira ni sensitif. Hati senang terusik walaupun nampak luaran kuat.”
Aku jadi sebak tiba-tiba. Serasa mahu menangis. Aku raih jari jemari Faris. Aku genggamnya kejap. Tidak mampu kutafsir akan permintaan Mukhris itu. Dari seorang kawan atau dari seorang yang menyintaiku secara senyap. Atau adakah aku yang terlebih memikirkan perasaan Mukhris terhadapku sedangkan lelaki itu belum tentu ada perasaan terhadapku lebih dari seorang kawan?!
“Kenapa ni? Janganlah sedih. Ris janji Ris akan pastikan Maira bahagia dengan Ris. Walau apa pun yang terjadi, Ris janji akan pertahankan cinta kita sebaik mungkin. Ris tak akan ulangi kesilapan yang sama Haizal lakukan.”
Lembut sahaja kata-kata Faris, dekat dengan telingaku. Kereta aku yang dipandunya sudah diberhentikan di bahu jalan. Aku menunduk. Tidak mampu untuk memanggungkan kepala. Jari jemari Faris yang bertaut dengan jari-jemariku, kuletakkan dekat dengan dada. Serasa ada kekuatan di situ.
“Maira janganlah menangis. Ris faham apa yang Maira rasa. Faham sangat-sangat. Maira cintakan Ris kan?”
Cepat sahaja aku mengangguk. Tunas cintaku untuk Mukhris kini mati dan tunas cinta untuk Faris mulai subur di hati. Aku tidak mahu berlaku kejam terhadap Faris dengan memikirkan Mukhris.
“Kalau macam tu, janji dengan Ris. Maira tak akan menangis lagi depan Ris. Ris tak sanggup air mata Maira mengalir kerana Ris.” Aku angguk pelahan. Tangan kanan Faris mengelus pelahan kepalaku. Moga jodoh antara kami berpanjangan. Doaku sekadar di dalam hati.
1 comment:
knp ulang bab 7?????
Post a Comment