Thursday, February 17, 2011

PADA DETIK ITU... : BAB 12

Selepas menghantar Natrah pulang lewat petang itu, Idlan terus pulang ke kondonya. Sedikit terperanjat dia melihat ibunya berdiri di hadapan pintu rumah. Muka wanita itu serius semacam. Idlan dapat mengagak tentu sahaja berkenaan hal dia tersilap cakap tadi sehinggakan sanggup ibunya itu datang ke kondonya.
“Mana Natrah?” soal Puan Rohaya sebaik kelibat anak lelaki sulungnya itu kelihatan.
“Dekat rumah dialah,bu. Buat apa dia nak ikut Along balik?!”
“Kamu beritahu ibu sekarang ni apa hubungan kamu berdua? Jangan sorok apa-apa dari ibu! Orang gaji apanya kalau dah keluar berdua-duaan!”
Idlan tergelak kecil.
“Jadi ibu datang ni nak buat spot-check lah ni? Ibu tak percaya Natrah tu pembantu rumah Along? Jom, kita masuk dulu ya bu?! Kita bercakap kat dalam.”
Idlan membuka kunci rumahnya. Puan Rohaya dengan muka yang masih belum surut dengan keseriusannya membuntuti langkah anaknya itu.
“Ibu, Natrah tu memang pembantu rumah Along. Tadi tu bukan sengaja nak tipu ibu tapi Along tak mahu ibu fikir bukan-bukan. Terlupa pula semalam ibu dengan Natrah dah pergi beli barang.”
“Habis tu kamu buat apa keluar berdua dengan dia?”
“Jangalah buat muka serius macam tu bu! Takutlah Along… Sebenarnya Along yang paksa Natrah temankan Along.”
“Bosan? Yalah sangat tu?! Ibu telefon office, setiausaha kamu kata kamu cuti. Cuti nak pergi jalan-jalan dengan Natrah?”
Idlan ketawa kecil. Mengakui kesalahannya yang itu. Entah kerana apa tetiba niatnya mahu ke pejabat mati begitu. Adakah kerana dia ternampak Natrah berbual mesra di kedai mamak pagi tadi?
“Along terlambat bangun. Lepas tu malas dah nak rushing.”
“Ada sahaja alasan. Jangan-jangan kamu berdua ni dah kahwin tak? Kena tangkap basah macam dalam tv tu…”
Idlan sudah ketawa lepas. Serkap jarang ibunya itu langsung tidak mengena. Sampai ke situ ibunya berfikir.
“Ibu, kalau kami dah kahwin kenapa Natrah tak ada di sini sekarang?”
“Manalah ibu tau. Kamu dah tahu ke ibu nak datang, Natrah tu kamu tinggal kat mana-mana dulu”
“Ish ibu ni. Percayalah cakap Along bu… kami memang tak ada hubungan apa-apa. Kalau ibu tak percaya, cuba ibu tengok ada tak pakaian Natrah kat dalam rumah ni!”
“Betul ni kamu dengan dia tak ada apa-apa?”
“Betul bu. Setakat pukul enam petang ni, hubungan Along dengan Natrah hanya majikan dengan pekerja. Esok lusa Along tahu lah!”
Terbeliak mata Puan Rohaya mendengar kata-kata Idlan. Anaknya itu sekadar tersenyum nakal.
“Kamu jangan main-main!”
“Ibu tak suka ke?”
“Dahlah ibu nak balik. Dah lewat ni. Nanti membebel pulak daddy kamu tu!”
“Ibu datang naik apa?”
“Keretalah. Ibu drive sendiri.”
“Sanggup ye ibu drive semata-mata nak spot-check Along?!”
Puan Rohaya hanya menjeling dengan kata-kata anaknya yang berbaur perlian itu. Pertanyaan itu dibiarkan tanpa balasan. Sejak anak sulungnya itu memilih untuk tinggal di kondo itu, hati wanitanya tidak pernah surut dari perasaan risau. Ada sahaja yang menganggu tidurnya. Takut anaknya itu membuat maksiat. Sudah acap kali diingatkan kepada anaknya itu supaya jangan sesekali membuat perkara terkutuk. Sebagai jawapan, anaknya itu hanya tersenyum. Tidak pernah berjanji sedikit pun!

Malam itu, ketika Idlan asyik menonton televisyen telefon bimbitnya berbunyi. Ada panggilan masuk dari nombor yang tidak dikenali. Lama Idlan membiarkan panggilan itu tidak berjawab sambil memikir-mikir gerangan empunya nombor. Akhirnya panggilan itu putus sebelum berbunyi sekali lagi.
“Hello….”
“Hello.. Assalamualaikum. Weh kau pergi mana? Aku call tak jawab tadi?”
Suara yang kedengaran dari corong telefon itu amat dikenali Idlan. Dahinya berkerut memikirkan sebab lelaki itu kalut benar menghubunginya.
“Waalaikumsalam. Aku ada je tapi malas nak jawab tadi sebab nombor kau ni tak ada dalam hand phone aku!”
“Ni aku nak minta tolong kau ni! Kau pergi kat depan butik aku sekarang, Natrah dengan kawan dia ada kat sana. Natrah tu dah menangis teruk sangat tu, pak cik dia dapat tahu dia tinggal kat sana. Aku baru sampai rumah tadi. Takut lambat sangat nanti. Kau pergilah cepat!”
“Okey-okey. Aku gerak sekarang!”
“Dah ambil nanti kau telefon aku. Nanti….”
Panggilan sudah Idlan matikan sebelum sempat Imran menghabiskan kata-katanya. Kunci kereta dan kunci rumahnya yang berada di atas meja berhampiran televisyen dicapainya dan terus keluar. Hatinya berdebar semacam berbaur dengan rasa sakit hati kerana Natrah tidak menghubunginya sebaliknya menghubungi Imran. Bukankah dia lebih dekat berbanding Imran?
Tidak sampai lima minit kereta Idlan sudah berada di hadapan butik tempat Imran bekerja. Sebaik keluar dari kereta dia sudah nampak kelibat Natrah.
“Natrah, awak okey?”
Natrah angguk sahaja tetapi dia masih menangis.
“Jom ikut saya balik. Bahaya awak berdua duduk sini. Imran dalam perjalanan.”
Sarida memapah Natrah yang sudah tidak berdaya. Dia sendiri sebenarnya masih dalam keadaan terkejut. Sambil mententeramkan Natrah tadi, matanya meliar memandang sekeliling. Takut-takut bapa saudara Natrah menemui mereka di situ.
“Macam mana boleh tahu pak cik Natrah datang sini?” tanya Idlan kepada Sarida. Lelaki itu sempat memandang ke belakang. Rasa kasihannya terhadap Natrah melimpah ruah. Gadis itu benar-benar ketakutan.
“Kawan yang telefon sebab dia lepak dekat bangunan depan tu. Pak cik dia tanya pasal Natrah. Nasib baiklah kawan saya tu tahu cerita. Dia kata dia tak kenal, dia suruh tanya orang lain. Lepas Pak Cik Natrah pergi terus dia telefon saya beritahu. Itu yang kelam kabut tinggalkan rumah tu.”
Idlan anggukkan sahaja kepalanya. Keretanya terus dipandu memasuki kawasan parkir kondonya.
“Natrah, awak boleh berjalan tak ni?” Risau Idlan melihat Natrah yang longlai sahaja. Gadis itu anggukkan kepalanya sahaja sebagai jawapan.
“Erm tak apa encik, saya pegang dia.”
Sebaik masuk sahaja ke dalam rumah, Idlan menyuruh Sarida membawa Natrah masuk ke dalam bilik tidurnya. Lelaki itu terus ke dapur menyediakan minuman panas. Imran yang tiba lima belas minit kemudian terus melulu menemui Natrah. Timbul rasa cemburu di hati Idlan melihat keprihatinan Imran memujuk Natrah.
Malam itu pukul dua pagi barulah mereka tidur. Sarida dan Natrah tidur di bilik Idlan. Manakala Idlan dan Imran pula tidur di ruang tamu sahaja. Pagi itu selepas solat Subuh, Imran meminta diri untuk pulang ke rumahnya. Dia perlu bekerja juga hari itu.
“Kau hantarkan sekali kawan Natrah balik. Budak tu ada kelas hari ni, exam tu. Pasal Natrah kau jangan risau, aku jaga dia. Kejab lagi aku telefon ibu aku suruh datang.”
Imran anggukkan sahaja kepalanya. Niat di hati mahu sahaja dia menemani Natrah tetapi dia harus berkerja hari ini. Selepas Imran dan Saridah balik, Idlan masuk ke biliknya. Natrah tidur semula selepas Sarida kejutkannya untuk solat subuh. Dia menghampiri gadis itu. Tanpa sedar tangannya mencapai tangan gadis itu. Jari-jemari Natrah digenggamnya erat. Seketika kemudian, dahi Idlan berkerut. Dia memandang Natrah. Gadis itu lena sahaja tidurnya.
“Natrah… Natrah…” perlahan dia mengejutkan gadis itu. Tiada reaksi. Dicuba sekali lagi memanggil nama gadis itu sambil tangan kanannya menyentuh bahu gadis itu.
“Bangun Nat… Awak kena mandi ni… badan awak panas sangat. Awak demam ni… awak kena mandi sekarang kalau tak nanti dah tengah hari tak boleh mandi,” ujar Idlan sebaik sahaja Natrah membuka matanya.
Idlan bangun dan terus ke almari pakaiannya. Mengeluarkan tuala bersih untuk digunakan Natrah. Malam tadi, sempat juga Natrah memasukkan beberapa helai pakaiannya ke dalam beg.
“Awak bangun mandi ya? Saya buatkan awak bubur.”
Natrah anggukkan kepala. Perlahan-lahan dia mengatur langkah ke bilik air. Rasa sakit kepala menyerangnya setiap kali melangkah membuatkan Natrah terpaksa melangkah perlahan-lahan.
 Idlan pula sambil menyediakan bubur dia menghubungi ibunya. Tidak tahu mahu menghubungi siapa lagi yang punya kelapangan.
“Assalamualakum, bu.” Ucapnya setelah kedengaran suara ibunya.
“Waalaikumsalam. Hai apa mimpi kamu awal-awal pagi telefon ibu ni? Ada apa-apa ke?”
“Cara ibu tanya ada apa-apa ke tu macam nak kenakan Along je. Macam ni, Natrah ada kat rumah Along ni ha…”
“Natrah? Pepagi subuh ni kat rumah kamu? Dia buat apa?”
“Ish ibu ni kan, dengar lah dulu Along nak beritahu ni. Belum habis lagi ibu nak sampuk. Dah tu dok fikir yang bukan-bukan.”
“Yalah-yalah. Apa dia kamu nak beritahu ibu?”
“Ceritanya panjang. Along pendekkan lah. Natrah ni lari dari kampung dia sebab pak cik dia nak jual dia kat Cina kelab malam. Dia datang sini. Semalam pak cik dia dapat tahu tempat tinggal dia kat sini. Nasib baiklah dia dapat lari keluar dulu sebelum pak cik dia jumpa. Along bawahlah balik rumah Along. Bukan sorang jer, dengan kawan dia sekalilah. Tadi, lepas subuh Along pegang tangan dia… panas sangat. Dia demam. Ni Along nak minta tolong dengan ibu datang rumah Along. Tolong tengok-tengokkan Natrah. Along ni mana nak pandai layan orang tengah demam. Kawan dia pulak kena balik, sebab ada exam hari ni!” Panjang penjelasan Idlan.
“Kamu bawak lah ke klinik. Teruk sangat ke panas badannya tu?”
“Teruk juga bu. Tadi pun tengok dia berjalan ke bilik air macam tak larat jer. Ibu datang ye?”
“Yalah.. ibu cakap dengan daddy dulu.”
“Terima kasih bu. Ini yang buat Along bertambah sayang dengan ibu ni!”
“Banyaklah kamu punya sayang. Bila minta tolong ibu memanglah sayang. Cuba kalau tak ada benda nak minta tolong.. telefon ibu pun susah!”
“Alah, time Along nak telefon ibu, ibu dulu yang telefon Along. Macam mana Along tak call ibu!”
“Tak habis-habis dengan alasan kamu tu. Dahlah, ibu nak buat breakfast ni. Tengoklah dalam pukul lapan nanti ibu datang.”
“Okey, bu. Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.”

2 comments:

lonely writer said...

baiknye mak idlan..suke la..

Anor said...

waaaah...makin menarik citer ni
cepat sambung ye...tak dptlah
pakcik nat jumpa dia ye...