[Versi Cerpen : 2 Bahagian]
Bahagian 1:-
Plain Jane. Itulah aku. Tiada apa yang menarik. Bak kata orang putih ‘not extraordinary person’. Aku tak secantik Juliza ataupun semenarik Wan Nor Suzila. Aku perasan setiap kali aku keluar dengan mereka berdua ada sahaja mata-mata lelaki yang memandang kagum. Aku? Terpandang je adalah! Nak pandang dua atau tiga kali jangan haraplah! Terasa? Kecik hati? Ah, sekejap sahaja perasaan itu datang menyinggah.
Umur aku sudah masuk ke angka dua puluh tujuh. Emak sudah bising. Katanya aku bukan muda lagi, seharusnya sekarang aku sudah berlaki! Aduhai emak, bagaimana anakmu ini mahu berlaki kalau buah hati pengarang jantung pun tiada?! Emak pernah mahu menjodohkan aku dengan anak kawannya. Namanya Haizal Kerjanya bagus juga. Pengurus restoran makan segera. Tetapi aku menolak. Bukan sebab Haizal tak cukup tampan. Bukan juga tidak cukup kaya. Tetapi hati aku ini mengatakan aku tidak boleh bersuamikan lelaki bernama Haizal itu. Tiada alasan! Cukup sekadar aku katakan aku tidak boleh menerima dia. Akhirnya, dengan sekali sesi mencarikan jodoh emak sudah berputus asa. Putus asa emak membuatkan senyuman sampai ke telinga.
Di pejabat aku ada seorang mamat kacak, tampan dan bergaya. Umurnya sudah melepasi angka tiga puluh. Menjawat pula jawatan sebagai Penolong Pengurus Bahagian Operasi. Mukanya yang kacak itu kekadang tidak sekacak mana bila raut wajah serius yang ditunjukkan. Bibir itu tidak pernah menguntum senyuman. Serius memanjang. Namun begitu lelaki bernama Taufik Fitri itu tetap menjadi pujaan seluruh warga kerja SNY Ads. Termasuklah aku! Tetapi minat aku sekadar minat tidak pernah berniat sedikitpun untuk menambat hati lelaki itu. Yalah, siapalah aku! Macam pipit dengan enggang!
Dua tiga hari ini setiap kali aku menunggu lif naik ke pejabat di tingkat empat Taufik Fikri turut menunggu bersama. Aku tertanya-tanya tidak penatkah dia dari pagi sampai ke petang muka seriusnya itu juga dipamer?
Cuma petang semalam, tika aku turun untuk membungkus makanan kerana Suraya dan Rubiah berpuasa aku ternampak lelaki itu sedang bercakap-cakap di telefon bimbitnya. Terkesan riak senyuman di wajah itu. Aku bagaikan terkesima melihat senyuman itu. Mungkin dia tersedar bahawa dia diperhatikan, mata kami bertaut. Dan senyuman itu masih di situ. Aduh.
Tapi sekejap Cuma. Dia kembali memandang ke depan. Pintu lif terbuka dan dia melangkah masuk. Meninggalkan aku yang masih ‘terpersona’.
***
Hari ini hari usahawan syarikatku. Sudah macam di sekolah pula rasanya. Setiap jabatan dikehendaki membuka sebuah gerai. Bukan buat di mana-mana pun. Di dalam bangunan pejabat sahaja. Dijual pun kepada kakitangan pejabat. Modal semua guna duit syarikat. Setiap kakitangan diberi sepuluh token yang akan digunakan untuk membeli makanan di setiap gerai. Gerai yang mendapat paling banyak token akan dikira pemenang.
Aku, Winnie, Nick dan Farhan serta Rekha mengambil keputusan untuk menjual kuih muih serta nasi lemak. Yalah, itu paling senang. Malas nak memikir nak masak apa. Sudahlah aku ni ‘terlalu pandai’memasak. Aku dan Fikri diberi tugas menyediakan makanan dan minuman. Awal-awal lagi Farhan sudah menawarkan diri untuk menjadi tukang masak dan aku dengan senang hati menyerahkan tugas itu kepadanya. Dia memang minat sangat memasak mengalahkan aku yang perempuan ini.
Yang seronoknya, gerai kami diletakkan bersebelahan dengan gerai bahagian operasi dan lelaki bermuka serius itu ikut serta. Dia memang nampak bertambah kacak dengan persalinan lengkap baju Melayu hijau pucuk pisang, tepat dengan tema pada hari ini iaitu pakaian tradisional. Seperti biasa, dia tak pandai senyum.
Gerainya menjual satey dan mi rebus. Memang laku tak ingatlah. Dengarnya mi rebus itu telah disediakan oleh tunangnya Encik Muka Ketat. Maka ramailah para gadis SNY Ads kehampaan tapi sebab suka punya pasal mereka belilah juga. Termasuklah aku, tapi darjah kehampaannya amatlah sedikit disebabkan aku sedar diri.
“You buat ke nasi lemak ni?”
Fuh, terkejut aku bila tetiba mendengar suara yang dekat sekali dengan telingaku. Aku memalingkan wajah. Taufik Fikri tanpa sebarang reaksi di wajahnya.
“Tak. Farhan yang masak.”
Jujur sekali aku menjawab. Dia tidak ukir senyuman, begitu jugalah aku.
“Oh, I ingat you yang masak. Then, you buat apa je?”
Kali ini aku sengih dan garu kepala. Nick dan Winnie entah menghilang ke mana. Farhan pula aku lihat seronok benar bercerita dengan budak IT. Rupanya aku keseorangan di ruang gerai ini.
“Saya tukang jaga gerai. Hehehe… Si Farhan nak masak semua. Saya bagilah dekat dia. Ada apa-apa tak kena ke dengan nasi lemak tu?”
“Taklah. Semua okey. Cuma ikan bilis ni liat sikit. You orang baru ke?”
Mataku terbeliak. Ya, aku tahu aku ini tidak cantik. Tidak menarik. Sampaikan aku yang sudah hampir tiga tahun bekerja inipun dia tidak perasan. Sabar sahajalah aku!
“Almost three year,” jawabku.
Dahinya berkerut. Aku tahu dia seakan tidak percaya.
“Really? How come selama ini I tak perasan you. HR department, right”
Aku angguk. Serta senyuman yang tak berapa lebar.
“Oh… I ingat… so sorry. You nampak lain sangat dengan cermin mata ni.”
Dia ketawa. Aku terkesima. Terpersona.
“Sebelum ni I tak pernah nampak you pakai cermin mata. Nampak lain.”
Perasaan aku sekarang memanglah amat gembira. Sekurang-kurangnya dia ingat aku yang mana. Tak tahu nama, ingat muka dah cukup baikkan? Hahaha
“Ye ke? Dah tua ni makin rabun sikit.”
“Berapa umur you?”
“28.”
“Okey apa? Umur I dah tiga puluh.”
“Lelaki lainlah.”
Perbualan kami terhenti apabila beberapa kakitangan menghampiri gerai Taufik Fikri. Senyum melebar memasing bila melihat lelaki itu. Lupa seketika yang lelaki bermuka ketat itu sudah menjadi tunangan orang!
***
Seminggu selepas Hari Keusahawanan. Gerai Bahagian Operasi berjaya mendapat jualan tertinggi dan Taufik Fikri dipilih sebagai pemenang bagi pakaian tercantik- sudah dijangka. Hari ini, sebelum waktu makan tengah hari riuh satu syarikat bila Taufik Fikri mula mengedarkan kad walimatul urusnya. Bayangkan berapa amai yang kecewa. Termasuklah aku ini! Habis segala kerja terbengkalai. Hahaha, kecewa aku kecewa yang bukan kecewa bila orang yang dicintainya berkahwin dengan gadis lain tetapi kecewa bila seorang gadis bertuah berjaya menemui tautan kasih mereka.
“Selama ni mana-mana events tak pernah pulak dia nak bawa bakal isteri dia tu. Tup-tup dapat tahu dah bertunang dan nak kahwin.”
Begitulah lebih kurang angin-angin bertiup seantero warga kerja SNY Ads, terutama yang perempuannya. Aku sengih-sengih sahaja, melawan rasa hati sampai menyanyi lagu entah apa-apa. Lupa sekejap aku ini umurnya sudah dua puluh tujuh!
Lepas makan tengah hari dan bersolat Zohor terbanglah segala rasa kecewa itu. Tiada lagi gundah-gulana. Hati aku tiada pun pada lelaki bernama Taufik Fikri. Sekadar suka dan minat. Belum cinta! Adakah ini kata-kata hati orang kecewa? Lantaklah!
“Noel ada?”
Aku yang tengah layan ‘My Lovely Sam Soon’ entah untuk kali ke berapa terkejut tetiba di sapa begitu. Laju sahaja aku menekan butang pangkah. Nasib baiklah aku guna earphone. Oh, aku bukan jenis kalau dah sumbat telinga dengan benda alah ni, terus tak dengar apa-apa.
“Syok ye tak ada kerja?! Sampai boleh tengok video.”
Aku sengih.
“Kerja kena tunggu orang dulu,Encik Taufik. Encik Taufik nak jump bos ke?”
Dia angguk.
“Masuk je. Dia ada kat dalam tu. Baru balik dari Sungai Buloh.”
Memang suka aku menerangkan benda yang tak perlu begini. Nasib baik dengan lelaki ini aku tidak berapa ngam sangat. Kalau tidak, apa yang Noel buat kat Sungai Buloh itu pun aku akan ceritakan. Hehehe…
“Eh you dah dapat dah wedding invitation I?”
Aduh, bikin hilang mood je dia ni! Semestinyalah sudah! Kalau tak masakan, waktu begini aku menghadap cerita Korea!
Aku bawa keluar kad yang baru kuterima tadi dari laci meja dan tunjukkan kepadanya.
“Jangan lupa datang tau!?”
“InsyaALLAH. Kalau tak ada apa-apa I datang dengan budak-budak ofis.”
Oh kecewanya aku! Tak apalah, semoga kau berbahagia Taufik Fikri! Eceh! Syahdu konon.
Mohon maaf atas tajuknya, CN tak tahu nak letak apa... hehe
No comments:
Post a Comment